Apala nak jadi isu sangat pasal hal solek menyolek nie? Mula-mula duk bising kata Nasruddin Tantawi dimake-up dek pompuan. Pastu kecoh pulak pasal ust Fathul Bari jugak disolek dek pompuan masa majlis debat baru-baru nie. Apa masalahnya kalau ustaz atau ulama disolek agar nampak molek kat TV? Akak faham yang dia orang bising tu bukan pasal solek, tapi disolek dek pompuan. Macam bagus-bagus jer. Kalaupun disolek, tidak akan berlaku sentuhan sebab jurumekap tu semua bukan guna tangan nak letak bedak atau blusher atau yang lain-lain tu. Dan lagi para ulama tu semua sedang bekerja dan jurusolek itu jugak sedang bekerja. Janganlah nampak sangat kita ni terlalu rigid dalam hal-hal agama nie. Lagipun ketika disolek itu ada ramai lagi orang lain berhampiran, bukannya berdua-duaan.
Hanya kerana tersebarnya gambar Ust Fathul Bari disolek oleh jurusolek wanita, maka Nasruddin Tantawi sampai buat rayuan supaya gambar itu dipadam. Kononnya Nasruddin nak jadi herolah, nak tunjuk dia baik dan melindungi sesiapa sahaja walaupun dari parti musuh. Politik bangggg!! Politik! Pada akak ini menampakkan sikap ulama Pas yang melampau. Penyokong Pas pun ada yang marah-marah bila ulama dia orang disolek oleh pompuan. Lawak la semua nie.....Tak ada ke sesiapa di kalangan ulama yang lebih rasional sikit untuk bagi pencerahan isu nie? Baca INI dan SINI
Teruk betul orang Malaysia nie berpolitik! Masing-masing nak tunjuk diri alim dan lebih tinggi agamanya dari yang lain. Sampaikan tidak ada toleransi. Akak percaya Islam bukan agama yang terlalu keras dan melampau. Setakat disolek ala kadar bagi nampak segar, tidak ada salahnya. Tidak pula berlaku sentuhan dan jika adapun secara tidak sengaja. Takkan itupun akan mengurangkan iman dan meruntuhkan akhlak seseorang dan bakal disumbat ke dalam neraka. Gila apa ker! Jangan bikin malu orang Islam la weiii....!!
Ustaz Fathul Baripun mintak maaf pasal isuni di SINI Katanya Islam meminta kita menjaga mata kerana Sabda Nabi SAW: "mata juga berzina". Melihat aurat wanita adalah sesuatu yang dilarang. Pada akak, kenapa pulak nak tengok jurusolek tu? Setakat tengok aurat wanita, bersepah merata-rata wanita yang tak bertudung dan tidak menutup aurat. Caranya kata nabi: larikan saja pandangan itu. Jadi kalau disolek oleh wanita yang tidak menutup aurat tutup jer lah mata. Senang jer kan? Jangan benda senang nak dijadikan berat. Inilah masalahnya yang buat semua orang takut dengan Islam.

No comments:
Post a Comment