Monday, 30 July 2012

BAHAGIANYA DUNIA TANPA ANWAR!! DAP PILIH UNTUK TERUS JADI PEMBANGKANG...

Anwar bakal bersara tidak lama lagi.  Paling lamapun 7 bulan lagi.  Tak sabar nak tunggu waktu tu.  Bila celik mata, tidak ada lagi wajah serabut itu menghiasi dada akhbar atau mana-mana portal dan blog di internet.  Pasti dunia lebih berseri tanpa Anwar!  Pasti Malaysia lebih aman dan bahagia tanpa Anwar!  Dan mujurlah anak akak yang masih kecil itu tidak kenal dengan Anwar.  Dan nanti bila dia besar, dia nampak nama Anwar atau mula bertanya siapa Anwar, akak akan kata, inilah spesis nyamuk yang suka buat bising dan curi darah orang.  Jangan jadi macam Anwar!

Anwar masih dalam mimpi bila dia menawarkan mimpi juga kepada rakyat.  Anwar yakin sangat dia bakal jadi PM selepas PRU ke 13 ini.  Anwar tidak sedar dia cuma alat bagi menjadikan Malaysia ditakbir dengan lebih baik.  DAP dan penyokongnya tidak mungkin mahukan Anwar menjadi PM kerana mereka tahu Anwar kaki rembat duit rakyat dan seorang diktator selain tidak boleh dipercayai.  PAS dan juga penyokongnya tidak mungkin mendambakan Anwar jadi PM kerana masalah moral dan masalah lidahnya yang bercabang-cabang.  Orang PKR sendiri sudah bergerak secara berasingan dan masing-masing mencari pengaruh untuk kepentingan masa depan.  

DAP tidak begitu tergesa-gesa untuk mentadbir Malaysia, berbanding Anwar.  Bagi DAP, mereka lebih pentingkan kesejahteraan ekonomi dan sosial masyarakat Cina di Malaysia.  Mereka lebih suka jadi pembangkang dan jika boleh mengekalkan Pulau Pinang sebagai kubu kuat mereka seperti PAS di Kelantan.  Mereka lebih suka memberi tekanan kepada kerajaan pusat dari menerima tekanan dari rakyat dan orang Melayu sekiranya mereka menjadi sebahagian dari kerajaan di bawah PR.  Mereka akan memberi masa kepada rakyat untuk menerima mereka secara baik dan ini pastinya memerlukan masa yang lebih lama berbanding PRU 13.  Lagipun DAP tidak mahu Anwar menjadi PM sekiranya PR menguasai banyak kerusi dalam PRU nanti.  Ini akan memberi mereka lebih banyak masalah dan tekanan dari sekarang.  Lalu kenyataan Anwar yang dirinya akan bersara sekiranya gagal menjadi PM tahun depan memberikan kelegaan kepada DAP.  

Anwar pasti bimbang jika PAS dikeluarkan dari Pakatan kerana penyokong PAS lebih banyak dari penyokong PKR sendiri.  Sekiranya PAS keluar atau dikeluarkan dari Pakatan Rakyat bermakna peluang Anwar untuk jadi PM langsung tidak ada malah Anwar boleh bersara sebelum PRU ke 13!  Sebab itu kalau kita lihat Karpal dan DAP tetap tidak mahu menyokong perlaksanaan Hudud sekalipun mereka tahu itu adalah agenda PAS.  Mereka tidak bimbang membuat kenyataan terbuka sekalipun ianya bakal mengguris hati PAS.  DAP tidak takut kehilangan PAS dan kehilangan kerusi PAS kerana mereka bukan mahu jadi PM atau menawan Putrajaya.  Mereka cuma mahu memperlihatkan bahawa mereka adalah parti yang kuat dan berpendirian dan menjaga kaum mereka.  Ini tidak memerlukan mereka menjadi kerajaan pusatpun.  Suara mereka pasti akan didengar kerajaan dan sesiapa sahaja yang menjadi PM.

Akak tidak percaya DAP mahu menjadi kerajaan yang bakal berdepan dengan sikap orang Melayu yang sukar dijangka.  Dari dulu DAP dan orang Cina hanya pentingkan ekonomi berbanding kuasa.  Kuasa ekonomi boleh menentukan hala tuju kerajaan.  Dasar kerajaan boleh dibeli dengan kekuatan ekonomi.  Jadi apa masalahnya untuk jadi pembangkang?  

Tapi Anwar cuma bercita-cita jadi PM.  Dia tidak peduli apa akan jadi pada rakyat dan negara.  Sebab itu dia janji bulan dan bintang.  Ingat DAP tidak takut ke dengan janji-janji Anwar?  Kalau betul dia orang menang, pakatan tidak akan mampu melaksanakan semua janji yang ditabur oleh Anwar sebelum pilihanraya dan imej DAP akan merudum dan mereka bakal ditolak dan dihina oleh rakyat dan kaum mereka sendiri.  DAP pasti tidak mahu reputasi mereka jatuh hanya kerana janji Anwar yang tidak masuk akal itu.  Dan tidak mustahil DAP akan buat pusingan U lalu keluar pakatan dari membentuk kerajaan bersama PKR dan PAS. 

Rakyat sibuk mahu menukar kerajaan.  Dan ini boleh jadi kenyataan sekiranya DAP benar-benar mahu memerintah.  Tapi sebenarnya tidak.  Pemimpin DAP tetap mahu menjadi pembangkang yang kuat.  Mereka tidak cukup berani berhadapan dengan orang Melayu (Melayu UMNO,PKR, PAS dll).  Meletakkan Anwar sebagai Perdana Menteri adalah satu perkara yang tidak mungkin mereka lakukan secara realiti.  

Jadi kepada Anwar akak ucapkan:  selamat jalan romeo!                

       

No comments:

Post a Comment