Hilang akal ke orang tua nie? Kalau nak buat jenaka pun janganla kasar sangat. Tang mana logiknya si Hadi Awang nie duk kata yang Pas parti yang paling kuat kat dalam PR? Tak kan sebab himpunan hijau yang membariskan ramai ulat-ulat hijau tu dah buat Hadi Awang gelap mata dan angkuh tanpa sebarang perkiraan yang logik. Pandang-pandangla pilihanraya yang lepas di mana kedudukan Pas dan berapa banyak kerusi yang Pas menangi.
Hadi Awang bercakap senada dengan Nik Aziz yang tidak percaya Dap memperuntukkan 90 kerusi parlimen untuk parti Dap berbanding Pas dan Pkr yang jauh lebih kecil bilangan kerusinya dari Pru yang lepas. Kalau Nik Aziz akak percayalah memang dia tak tahu apa-apa. Nik Aziz sentiasa tak tahu apa yang berlaku kat sekitar dia. Itu pasal Husam Musa dan geng-geng dia boleh temberang Nik Aziz, dan sebab tu Nik Aziz tak tahu penyelewengan yang berlaku dalam Kelantan Golden Trade Sdn Bhd, anak syarikat Perbadanan Menteri Besar Kelantan. Tapi yang buat-buat terperanjat pasal Dap letak 90 kerusi ni, Hadi Awang, Presiden Pas yang kononnya comolot ngan Dap. Hadi Awang tak percaya yang Dap buat macamtu, Hadi Awang percaya yang Pas lebih kuat dari Dap dan Pkr. Kalau berbanding Pkr akak percayalah Pas lebih kuat. Tapi kalau nak dibandingkan dengan Dap, sendiri mahu ingatla.
Dalam PRU12 pun Pas cuma menang 23 kerusi jer berbanding Dap yang menang 28 kerusi. Padahal Pas bertanding 66 kerusi parlimen berbanding Dap yang cuma 47 kerusi. Lu cerita apa bang? Yang kerusi Pkr tak payah ceritalah. Itu parti perasan bagus yang memang bakal bungkuspun.
Bawak-bawaklah bangun wahai Tuan Guru! Dap dalam diam dah bergerak dalam senyap untuk mentadbir negara ni. Jangan tidur lagila. Sebab itu semua orang duk peringat kat pemimpin Pas, jangan dianjingkan dek Dap, jangan terpengaruh dengan kata-kata manis dia orang tu dan jangan duk ghairah nak tumbangkan BN jika parti sendiri masih tidur dan masih miskin.
http://www.sinarharian.com.my/politik/hadi-pas-paling-kuat-dalam-pr-1.65096

No comments:
Post a Comment