Monday, 23 July 2012

BLOGGER BN DAH SONGSANG?? HARAMJA APA!!!???

Tahniahla akak ucapkan pada Tun Faisal, kepala Unit Media Baru yang telah berjaya sekali lagi menghantar penyokong BN/ pengundi atas pagar untuk beraleh arah menentang Umno/ BN!  Hari tu kerana tweet Tun Faisal yang amat bijak dah bikin Dr Mohd Asri bersemangat untuk menentang Umno.  Takde ribut, takde jadah apa, tetiba jer Tun Faisal nak sindir Dr Mohd Asri yang kejadian amuk di Putrajaya adalah hasil dari fatwa Dr Mohd Asri.  Memang patutpun Dr Mohd Asri kata 'bala bagi Umno jika orang seperti Tun Faisal menduduki kepimpinan".  Akak setuju.  

Dan terbaru bekas blogger tersohor BN, blogger APA mengisytiharkan untuk tidak lagi menyokong BN.  Kenapa boleh jadi lagu tu?  Memangla semuanya atas kehendak masing-masing, atas pilihan sendiri untuk menyokong mana-mana pihak.  Dan apa yang dilakukan oleh APA langsung tidak menyalahi mana-mana etika.  Dia punya sukala nak sokong siapa atau parti manapun.  Cumanya akak duk hairanlah, haramja apa yang Tun Faisal dah buat?  APA dulu pernah berada di bawah UMB.  Tun Faisalpun bukan tak tahu apa masalah yang dihadapi oleh APA.  Tapi apa yang Tun Faisal lakukan sampai seorang blogger yang berjaya menduduki carta paling atas beraleh arah dan mengisytiharkan diri tidak menyokong Umno/BN? Ini suatu kegagalan besar buat seorang pemimpin unit media baru!  

Terus terang, akak tidaklah kecewa bila APA tidak lagi sokong Umno/BN sebab APA dari dulu lagi memang selalu marah-marah pada Pak Lah dan Najib.  Ada ketikanya akak rasa ianya amat keterlaluan dan masalah yang diciptakan APA tentang hutang Pak Lah/BN yang juta-juta itu jugak kurang meyakinkan.  Pendedahan yang dibuat langsung tidak menggamit simpati malah terasa amat yang APA ini manusia yang cuba meletakkan kesalahan di bahu orang lain apabila dirinya gagal atau telah melakukan kesilapan.  Itu pandangan peribadi akak bila baca blog APA sejak setahun yang lalu.  RM250 juta Umno berhutang dengan APA!  Hebat APA dulu....Boleh bagi pinjam RM250 juta pada Umno!!  Cuma akak tahu RM250 juta itu bukan duit APA tapi duit kontraktor yang diperdaya oleh APA untuk buat kerja-kerja yang masih tidak mendapat lampu hijau dari Umno.  Kerana itu APA berdendam dengan Pak Lah dan menuntut Najib selesaikan masalah yang diciptanya sendiri.  http://aku-tak-peduli.blogspot.com/2011/11/hadiah-untuk-imam-hadharirevisited.html Dan baca juga di SINI

Dan kerana tulisannya yang kurang ajar itulah yang bikin dia berjaya merampas takhta dari Papagomo.  Akak rasa APA suka dan bangga dengan apa yang berlaku pada dirinya sekarang.  Dan akakpun salah seorang peminat blog APA dan tidak ketinggalan membaca entry yang dibuat.  Cuma akak rasa orang macam APA tidak ada bezanya dengan Anwar, dengan Puak DAP yang melakukan sesuatu untuk kepentingan peribadi.  Pun itu sebenarnya tidak salah.  Cuma akak rasa ianya salah apabila meletakkan persepsi yang Umno berhutang dengan seorang lelaki tukang angkat beras dan bekas pengurus kelab dangdut (pekerjaan APA dulu)!  Bukan salah Umno pun, dan bukan jugak salah Pak Lah, apatah lagi Najib.  Ini kesalahan diri sendiri dan salah orang yang tamak dan sesetengah pihak yang mencari keuntungan di atas Umno/BN.

Apa-apapun akak tetap peminat setia blog APA.  APA seorang yang kreatif dalam penulisan untuk menarik orang singgah di blog beliau.  Moga APA terus sukses!      

Akak:  Patutnya Papagomo bagi satu lagi penumbuk kat Tun Faisal!   

1 comment:

  1. Anonymous07:00:00

    Garanglah akak ni. Tapi sangat setuju dengan pandangan akak.

    ReplyDelete