Tuesday, 24 July 2012

HARGA KERETA BAKAL DITURUNKAN!! RAFIZI AKUI YANG RAKYAT MALAYSIA MAKMUR DI BAWAH BN!!

Harga minyak turun, gaji minima naik, tol tak ada satupun kat jalan di Malaysia nie dan kini harga kereta bakal turun!  Pehhh bagus sungguh niat pembangkang di bulan ramadan nie.  Itu belum dimasukkan dengan segala elaun naik dan pelbagai bentuk habuan yang bakal dinikmati rakyat.  Akak rasa inilah satu-satunya parti yang paling prihatin di abad ini dan abad yang akan datang!  

Kereta bagi Rafizi Ramli adalah satu keperluan masa kini.  Keperluan yang Rafizi samakan dengan makan minum dan elektrik.  Maknanya orang Malaysia ini tidak boleh tidak kena jugak ada kereta kerana kereta suatu keperluan.  Ini secara tidak langsung memperlihatkan taraf kehidupan rakyat Malaysia yang meningkat.  Tak adalah papa kedana dan melarat di bawah kerajaan BN, betul tak?   Sebabnya kalau negara Malaysiani miskin, rakyatnya melarat, pada akak bukan kereta yang jadi barang keperluan, tapi makan dan minum.  Maknanya rakyat Malaysia ni dah terlebih makan, terlebih minum dan ada penempatan tempat tinggal yang selesa.  Sebab itu mereka sudah jadikan kereta satu keperluan!  Terima kasih Rafizi!  Patutlah PR begitu menolak idea Najib untuk wujudkan kedai 1 Malaysia.  Depa dah tak pergi kedai-kedai jual barang murah cam gitu!  

Akak suka jugak kalau harga kereta turun.  Tapi agak-agaklah.  Kalau semua orang dah berkereta (sekarangpun satu rumah berbiji-biji kereta), macammana dengan jalanraya?  Tidakkah nanti sesak lagi menyesakkan sebab jalan masih belum bersedia untuk terima trafik yang lebih tinggi.  Rafizi dah fikir ke?  Apa akan jadi dengan pemandu teksi yang cari makan dengan membawa penumpang yang tidak berkereta?  Apa akan berlaku pada pemandu bas, pemilik bas atau pengangkutan awam yang lain?  

Tapi akak tidaklah terlalu teruja sangat dengan janji-janji manis yang sesuka hati makcik dia jer nak tabur kat rakyat.  Memang dah tabiat pembangkang menabur janji.  Buat tak buat belakang cerita.  Akak tak hairan nanti pembangkang akan umumkan pulak penurunan harga helicopter supaya orang boleh beli heli sebab jalanraya dah sesak.  Atau barangkali semua rakyat Malaysia akan diberikan tambang percuma untuk naik kapalterbang melancong ke luar negara dua kali setahun sebab melancong juga satu keperluan!

No comments:

Post a Comment