Thursday 12 July 2012

RUGI KE KALAU PAK LAH MASUK PAS? TAK KOT......

Katanya si makhluk perosak Felda, nak ajak Pak Lah masuk Pas.  Kononnya perjuangan Pak Lah sama sehaluan dengan perjuangan Pas.  Kononnya Pak Lah nie, badan Umno tapi rohnya Pas.  Itu pasal Pak Lah akan jadi tetamu jemputan istimewa dalam perhimpunan 'Oren' nanti.  Entah apa yang oren entah.  Kejap kuning, kejap hijau, kejap oren.  Tak lama lagi ada pulak la perhimpunan kaler kelabu taik anjing.  Untunglah orang yang dapat projek buat baju T pelbagai kaler tu kan....?  Suka hati tok abah korang la....  

Isunya sekarang Pak Lah dipujuk untuk sertai Pas.  Sebenarnya takde isu apa pun dan kalau Pak Lah nak join Pas pun silakanla.  Diapun bukannya pandai buat kerja, setakat tidur boleh la.  Tapi kita dah tahu yang Pas ni memang store reject. Apa nak diherankan.  Semua ahli Umno yang direject semuanya masuk Pas.  

Kalau ikut sejarahnya, Dr M dah nak bawak Felda gi listing dulu lagi dan ada disebut dalam belanjawan tahun 2003.  Tapi bila Pak Lah jadi PM, dia batalkan rancangan tu.  Kalau tidak, dah lama orang Felda dapat durian runtuh.  Sebab itulah kononnya Pak Lah dekat sangat di hati penentang-penentang penyenaraian Felda.  Dan sebab itu jugaklah wajah Pak Lah depa dah letak kat poster perhimpunan Oren Sabtu ni.  Kalau Pak Lah tak setuju muka dia diletakkan, dia patut dah boleh bantah.  Tapi sampai la nie, Pak Lah duk diam jer.  Tak tahulah kalau masih tidur lagi...

Akak sikitpun tak rasa rugi kalau Pak Lah masuk Pas, apatah lagi duk jadi perhiasan masa perhimpunan Oren tu. Sebenarnya majoriti ahli BN tolak Pak Lah, itu pasal Pak Lah terpaksa lepas jawatan PM kat Najib.  Jadi untuk seorang yang tidak bawa apa-apa keuntungan kepada parti, malah telah bawa banyak kerosakan melampau, lebih baiklah Pak Lah tidak berada di dalam Umno.  Suka hati dialah nak pi mana pun.  

Mana KJ?  KJ mana?  Tak habis merempit lagi??    

3 comments:

  1. Replies
    1. Anonymous04:20:00

      pak lah bkn tk blh buat keje tp umno tk pernah nk bg beliau peluang utk tunjukkn kemampuan beliau..
      Pak Lah mantan PM dan bekas presiden umno spatutnya anda hargai beliau bkn caci beliau krn tidak sependapat dgn anda..
      Larat ke nk tanggung dosa buruk2kn org???

      Delete
  2. Anonymous08:46:00

    Bagi peluang taik kucing, harga minyak naik tiga empat kali, harga barang runcit pun naik, bila harga minyak turun balik harga barang runcit tak turun2 lagi dah macam tu bijak ka? mengapa fikir separuh masak ja? kalau dah sampai orang pas sendiri kata BN barang naik tu bijak ka? kalau nak kata umno tak bagi peluang tanya lah bekas2 ahli semangat46, Dalam dunia politik kalau tidak mahu di kritik lebih baik duduk kat rumah aja.. sebab didalam umno kami tidak mahu jadi munafiq, berkata benar walaupun pahit.

    ReplyDelete