Akak rasa sedikit keliru dengan istilah 'pandangan peribadi' oleh seorang mufti. Tak kiralah mufti mana sekalipun, tapi jika dia sudah memberikan pandangan, pandangan itu seharusnya selaras dengan kehendak Allah. Kerana itulah kata-kata seorang mufti menjadi pendinding kepada orang lain yang ilmu agamanya lebih cetek berbanding mufti tersebut. Kalau segalanya yang dipertuturkan dan disampaikan kepada orang ramai adalah pandangan peribadi, apakah bezanya seorang mufti dengan seorang driver lori yang mamakai seluar pendek, atau seorang korporat yang duduk di kelab dangdut? Apakah yang berlaku kepada orang yang menurut 'pandangan peribadi' itu sedangkan ianya sama dengan 'pandangan peribadi' seorang pendebat tersohor yang jahil agama dan pengamal homoseksual?
Tidak ada istilah 'pandangan peribadi' oleh seorang yang bertaraf mufti apabila dia membicarakan tentang soal hukum. Mana mungkin wujudnya 'pandangan peribadi' sedangkan segala hukum hakam itu tercatat di dalam Al-Quran dan hadis sahih. Jika mufti menyatakan bahawa atlit Olimpik boleh menangguh puasa berdasarkan kepada keadaannya yang sedang bermusafir, maka sudah pastilah para mufti ini ada hujah yang pasti dan tepat. Dan pandangan ini bukan pandangan peribadi mufti tersebut seperti yang dikatakan oleh Setiausaha PUM Dr Mohd Roslan Mohd Nor di SINI
Amat memalukan sekali untuk jadi seorang mufti yang tidak merujuk kepada mana-mana Al-Quran dan hadis sahih apabila membuat kenyataan tentang sesuatu hukum. Dan akak percaya, mufti Perlis, Dr Juanda Jaya dan mufti perak, Tan Sri Harussani serta bekas mufti Perlis Prof Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin sudah merujuk kepada sumber yang betul apabila menyatakan atlit Muslim yang mewakili Malaysia di temasya Sukan Olimpik boleh menangguhkan ibadah puasa.
Dan jika begitu, sila nyatakan surah mana, hadis mana dan rujukan apa yang dibuat.
No comments:
Post a Comment