Wednesday, 25 July 2012

MENGADA-NGADA LAA.....KJ PUN SATU.....!!! HAMPEH!

Ni apa kes pulak nie?  Tak cukup lagi ke apa yang ada?  Nak jadi sayap itu ini macam lah tak boleh nak bagi sumbangan kepada parti melalui cara lain.  Bila ada ura-ura kata ulama nak dijadikan sebagai sayap Umno, tampil pulak golongan veteran mencadangkan kumpulan mereka yang veteran tu untuk jadi sayap Umno.  Betul mengada!  Tak payahla nak buat banyak-banyak sayap kalau memang dah tak boleh nak terbang tinggi.  Ada sayap tambahanpun setakat lemau macam veteran, apa kes?  Sayap itu yang bakal membebankan sayap yang dah memang ada dan menarik jatuh sayap yang lain terhempas ke bumi. 

Cukuplah sayap yang dah ada.  Cuma kena perkuatkan lagi, kena bekerja keras.  Sayap Pemudapun macam dah semakin lembek.  Bila dah lembek mulalah dia tunjuk ganas dengan tarik masuk mat-mat rempit.   Bukan dia nak tarik golongan profesional yang lebih banyak guna akal dari mat mat rempit tu semua. Mat Rempit yang dia nak tukar jadi Mat Cemerlang.  Yang dah cemerlang nie semua dia lepas tangan jer dan masuk Pkr dan Pas.  Last-last bergelutlah dengan Mat Mat Rempit nie semua untuk ubah dia orang jadi Cemerlang.  Pemuda lain dah merancang untuk tawan angkasa, yang Mat Rempit nie masih cerita camana nak tawan hati minah rempit!!  Apa daaa....  Cuma KJ terasalah diri hebat bila duduk di kalangan Mat Rempit.   Hahaha.

Sayap Puteri tak payah nak ceritalah.  Ada tak ada memang tak terasa.  Dulu zaman Azalina nampakla garang sikit.  Nampaklah usaha tarik golongan muda masuk Umno.  Masuk zaman Rosnah macam payah jer nak berjalan....

Pada akak tak payah ada banyak-banyak sayap.  Kalau orang veteran nak bagi sumbangan, buat macam Tan Sri Zainuddin Maidin.  Jadi penulis yang tulisannya dibaca ribuan orang dan bakal menyedarkan ramai orang.  Kalau nak harap veteran ni gi berjalan sana sini bagi ceramah, dah tentu-tentu semput bang.  Tak payahlah nak lawan si Kadiaq tu.  Biar jer lah dia berkokok, bila orang terjaga lepas tu dia yang kena sembelih.  Tengok jer lah nanti.  Para veteran ni lebih baik menulis, pergi surau dan masjid dan bisik-bisikkan ke telinga mereka yang ada di sekeliling tentang perjuangan Umno, tentang BN yang hebat.  Veteran ni semua boleh menasihatkan anak cucu sendiri, anak cucu jiran dan saudara mara supaya jangan terpengaruh dengan Pakatan Rakyat.  Mereka lebih afdal bergerak di belakang tabir kalau betul sayangkan Umno atau depani boleh jadi satu unit sahaja dalam Umno.  

Tapi masalahnya orang ni semua nakkan penghargaan, nakkan perhatian, nakkan duit.  Itu pasal nak jadi sayap.  Tak ada nama, tak ada duit tak terbang.  Silap-silap boleh meroyan pulak macam Kadiaq. Kan beban jer tuu?

1 comment:

  1. Anonymous15:08:00

    Zaman muda dan bertenaga dulu apasal tak sibuk nak berjuang dan nak tingkatkan sayap tu sayap ni. Ni da lepas monopos baru bak sibuk ngan sayap untuk berjuang. Ada jugak betul kata akak nilai tu..Sayak pink lagi senggap..hampas. tak dengar langsung. Nak nama dan jawatan aje..lepas tu mintak peruntukan. Hah..masyuuk. Bukan utk buat program umno ke atau apa2 program yang berkaitan. da sibuk nak raya ni nanti lagi lah sibuk ngan pakaian dan aksesori dia..hai penat nak cakap puak2 ni. sebab tu lah apa yg puak pembangkang tu cakap ada betulnya. ko rang ni sungguh2lah buat keja jgn mengelat..panas perut mak ko nanti.

    ReplyDelete