Seorang Penolong Penguasa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dihukum penjara 13 tahun dan denda berjumlah RM2.275 juta oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas kesalahan rasuah tiga tahun lalu.
Hakim Azhaniz Teh Azman Teh menjatuhkan hukuman itu ke atas M. Mohan, 39, selepas mendapati pihak pembelaan gagal membuktikan kes pendakwaan melampaui keraguan munasabah. Bagi pertuduhan pertama, Mohan dijatuhi hukuman penjara 13 tahun dan denda RM1.25 juta atau 60 bulan penjara jika gagal membayar denda, penjara 13 tahun dan denda RM1 juta atau 50 bulan penjara jika gagal membayar denda itu bagi pertuduhan kedua dan penjara 13 tahun dan denda RM25,000 atau lapan bulan penjara jika gagal membayar denda bagi pertuduhan ketiga.

Bagaimanapun tertuduh hanya perlu menjalani hukuman penjara 13 tahun selepas Hakim Azhaniz Teh memerintahkan hukuman penjara berjalan serentak daripada tarikh jatuh hukum hari ini.
Sumber: BH
No comments:
Post a Comment