Dua tiga hari nie, kecoh pasal hudud dan BN bila sorang Adun yang kurang publisiti melontarkan pendapat yang dia rasa paling bijak sepanjang sejarah dia jadi Adun. Dan kerana lontaran idea itu, dia bakal jadi calon pertama yang disahkan akan bertanding dalam Pru ke 13!
Akak bukan anti hudud. Akakpun tak peduli apa sahaja undang2 yang nak dilakukan selagi ianya tidak melakukan sebarang penganiayaan kepada orang yang tidak bersalah. Kalau kita tidak melakukan kesalahan, tidak melakukan dosa, tak perlu bimbang kena rejam, kena pancung, hilang tangan atau sebagainya.
Cuma pada akak tindakan menyuarakan cadangan agar hukum hudud dilaksanakan di Johor satu tindakan politik yang kurang berakal. Hudud dijuarai oleh Pas sejak dari dulu lagi. Bila Pas sendiri lemas dan hampir karam dengan hududnya dia orangpun ketepikan hudud dan tukar konsep dari negara Islam kepada negara kebajikan. Pas bermain dengan istilah dan orang BN fikir penyokong Pas akan marah lalu tinggalkan Pas dan masuk Umno. Kerana nak dapatkan sokongan Melayu, sokongan orang Islam, Adun sekor nie pulak tetiba saja ambil idea hudud dan diserapkan dalam perjuangan BN. Boleh gitu?
Cadangan perlaksanaan hukum hudud di Malaysia ini tidak lebih dari permainan politik jer. Kalau Adun Kemelah rasa Pas telah gagal melaksanakan hudud, maka BN pulak perlu menjuarainya untuk mendapatkan nilai tambah politik, dia betul-betul keliru. Betapa sukarnya pemimpin BN dan Najib nak respon dengan cadangan hudud nie. Kalau PM respon dan kata pelaksanaan hukum hudud tidak boleh dibuat, orang Islam akan marah lalu menolak Umno dan BN. Tak pedulilah kalau diri sendiripun diselubungi dosa atau apapun, janji sokong hudud dan nampakla diri itu kononnya lebih islamik dari orang lain. Kalau PM respon yang hukum hudud akan dilaksanakan, Pas akan kata Umno yang hampir karam mencuri idea politik mereka dan berkokoklah pemimpin dan penyokong Pas semuanya. Parti komponen lain macam MCA dan MIC pasti membantah. Baik MCA dan MIC sertai Dap. Dap lebih hebat sebab dia berjaya menidakkan hudud dari pejuang hudud yang dipelopori dek Nik Aziz dan Pas. Dalam dua-dua situasi, BN rugi dan tidak menang apa-apapun dari lontaran cadangan yang merepek ini.
Biar ulamak, biar mufti yang berbincang sesama mereka dan memperincikan hukum hudud itu dan dipersembahkan kepada pemimpin negara, kepada Sultan dan Agung selaku ketua agama. Hukum hudud jangan dipolitikkan dan jangan dipermainkan sebab ianya akan memperlihatkan kelemahan Islam dan sistem perundangannya dan menunjukkan betapa tidak bersatupadunya penganut Islam itu sendiri.
Dan akak sangat percaya bahawa perlaksanaan hukum hudud adalah peringkat atau ‘projek’ terakhir dalam agenda perlaksanaan Islam. Syaikh Muhammad Abdullah al-Khatib, seorang tokoh terkenal pergerakan Ikhwanul Muslimin masa kini, yang juga merupakan pengarang Risalah al-Ta'lim, Syarh Usul al-'Isyreen dan lain-lain menyatakan dengan ungkapan yang jelas, "hudud dalam Islam...datang pada [kedudukan] penghujung [proses] pensyariatan [hukum] kerana Islam lebih prihatin terhadap tangan manusia [daripada dipotong akibat mencuri], kehormatan, hak milik dan kehidupan mereka keseluruhannya".
Justeru, beliau menolak dakwaaan sesetengah pihak yang mengatakan perlaksanaan hukum hudud berada pada kedudukan teratas dalam ‘jadual perlaksanaan Islam’ berbanding hukum hakam yang lain.
Beliau menyatakan, "[hukum] hudud sebagaimana yang kamu lihat dengan syarat-syaratnya yang ketat, dan dengan [syarat] menyediakan keperluan-keperluan asas kepada setiap individu umat ini [sebelum melaksanakannya], datang pada [kedudukan] penghujung hukum hakam [Islam dari segi perlaksanaan], bukannya pada permulaannya, seperti yang didakwa sesetengah [pihak]". (Lihat http://www.ikhwanonline.com/new/Article.aspx?ArtID=82931&SecID=391)
Oleh sebab itu, sebelum dilaksanakan hudud, beri makan terlebih dahulu kepada orang yang lapar, sediakan pekerjaan kepada penganggur, ajarkan orang yang jahil dan latih pekerja. Mesti dilakukan ini semua sebelum melaksanakan hukum hudud.

Jadi kepada Ayub Rahmat, rentikanlah idea tu. Jaga jer kawasan awak dan orang kampung awak.
No comments:
Post a Comment