Friday, 6 July 2012

BILA 'HANTU' MENJADI RAJA.......RAJA PULA MENJADI HANTU.....

Dari dulu lagi sepatutnya si pemuja hantu dibakar hidup-hidup!  Bila hantu diberi peluang untuk hidup, diberi kebebasan untuk meracuni pemikiran manusia, hantu ini akan jadi amat berkuasa dan bakal menjahanamkan bukan sahaja manusia tetapi seluruh negara dan alam semesta. 

Dari kecil lagi kita dah ditakutkan dengan cerita hantu, dimomokkan dengan kepelbagaian hantu yang boleh menjadikan manusia jadi begitu dan begini.  Kekuatan hantu melampaui kekuatan Tuhan, begitulah kepercayaan yang ditanam ke dalam diri seseorang sejak zaman kanak-kanak.  Sikit-sikit ibu dan bapa akan kata "eee takut hantu...Jangan pergi sana, nanti hantu tangkap..."  Segala-galanya yang menakutkan dan berkuasa adalah hantu.  Ibu dan ayah tak pulak nak sematkan ke jiwa anak-anak supaya takut pada Allah.  Itu pasal bila dah besarpun semangat hantu terus ada dalam diri.  Ditambah pulak lagi cerita-cerita hantu yang begitu banyak disiarkan menjadikan hantu terus merajai hati.  

Hantu dilihat sebagai satu entiti yang amat berkuasa dan sebab itu bila ada manusia yang bijak memanipulasi keadaan mengambil kesempatan dari kepercayaan ini untuk jadi jaguh hantu.  Lalu dia meletakkan dirinya berada di atas segala hantu dengan menjual mitos bahawa dia bisa menangkap hantu dan menundukkan hantu.  Bila dia boleh menundukkan hantu maka sudah tentulah dia lebih berkuasa dan hebat dari hantu.  Lalu ramailah yang teruja dan kagum dengan kebolehan si penangkap hantu ini walaupun tak pernah dibuktikan si penipu ini pernah berjaya menangkap hantu.  Kalaulah si penipu ini terror sangat tangkap hantu, dia patut dah tangkap semua hantu yang ada kat Malaysia ni dan buang jauh-jauh kat Amerika atau bunuh saja hantu ni semua.  Tak adalah kita dengar sana sini orang kena rasuk dek hantu, histeria tak menentu, tak adalah kemalangan maut yang disebabkan ternampak hantu dan tak adalah bebudak sakit demam meracau kerana ditegur hantu dan sebagainya.  

Tapi memang orang kat Malaysiani amat mudah percaya kepada perkara yang tak masuk diakal.  Sebab itu jugaklah ramai yang percaya dengan cerita pembohongan Anwar Ibrahim walaupun cerita dan janjinya merepek tahap gaban.  Orang Malaysia percaya kepada bomoh dan perkara ghaib yang tidak berpijak di bumi nyata.  Orang masih boleh percaya seorang yang berada di Johor, boleh berada di Janda Baik dalam masa yang sama.  Aneh kan?  Tapi itulah realiti kepercayaan melampau masyarakat.  Akak lebih suka menganggap bahawa ini sebenarnya satu penyakit mental tahap kronik.

Si penangkap hantu ini tahu dia tidak boleh selamanya menjual cerita dongeng 'hantu'nya yang diulangtayang bertahun lamanya.  Dia tahu tahap kebosanan si pemujanya bakal menemui titik penamat.  Sebab itu si penangkap hantu ini mengambil peluang dengan cerita sensasi yang berlaku untuk memastikan masyarakat tidak lupakan dia.  Dan dia meletakkan keberaniannya sama seperti keberanian dia menangkap hantu.  Lalu rakyatpun terpaku dan mengagumi dia sekali lagi.  Dia mula mendedahkan perilaku Sultan dan Raja.  Pun segalanya dikutip dan diceduk dari penceritaan orang kepadanya, tanpa menyelidik asas kebenarannya.  Si penangkap hantu ini cuma inginkan perhatian, cuma inginkan populariti.  Sebab itu bila dia ditangkap dia gembira kerana dia tahu popularitinya akan mencanak naik.  Dia akan menjadi raja di hati rakyat yang kononnya menjadi mangsa raja dan kerabat raja.  Lalu jadilah pula sang raja dan sultan sebagai hantu yang cuba dielakkan, ditakuti dan dibuang bukan untuk dihormati dan disanjung tinggi.

Bukan seorang dua yang berharap si penangkap hantu ini bakal dikapankan di lokap agar menjadi satu sebab melakukan pemberontakan besar-besaran untuk menurunkan Raja Raja Melayu.  Si penangkap hantu ini sanggup bekerjasama dengan kumpulan penentang Raja demi nama dan nafsunya untuk jadi terkenal.  Orang yang macam ini tak patut ada di dunia.  Kalau di buang negara sekalipun dia akan terus merosakkan negara dengan kepelbagaian tulisan yang menyemat perasaan benci dan dendam rakyat kepada raja dan pemerintah.  

Tapi apa-apapun akak yakin pihak berkuasa akan menjalankan tugasnya secara profesional.  Amat sukar untuk menghalang sesiapa sahaja dari menyebarkan fitnah atau menulis sebarang cerita sensasi.  Jadi untuk mengelakkan diri dari menjadi mangsa fitnah, mangsa cerita sensasi, mangsa cerca dan caci, jangan beri sedikit peluangpun untuk orang lain mencari kesalahan.  Dengan erti kata lain, sentiasalah berbuat baik, jauhi dari melakukan sebarang penganiayaan dan mengamalkan hidup cara Islam yang sebenarnya....InsyaAllah segalanya akan selamat.....Daulat Tuanku!        

Allah Maha Besar!  Allah Maha Besar!!   

No comments:

Post a Comment