Bengong. Inilah calon YB pilihan PAS untuk PRU ke 13 yang kononnya akan bertanding di Perak. Bakal Menteri Penerangan menggantikan Rais Yatim, calon yang dikatakan menjadi pilihan Nik Aziz. Ye ke? Kepada penyokong PAS tegar, tolonglah jangan undi ustaz ni. Nak tahu sapa? Orangtu namanya Ustaz Idris Hj Ahmad yang sekarang ni adalah AJK PAS pusat.
Dengan penuh yakin Ustaz Idris Hj Ahmad menayangkan kehebatannya dalam bidang matematik. Akak rasa kalau dia salah seorang yang amik peperiksaan UPSR hari tu, mesti ustaz ni akan dapat A dalam matematik. Confirm! Tapi tahap UPSR je la. Kata Ustaz Idris, wang RM250 juta yang diberikan kepada NFC lebih baik diberikan kepada 62,500 keluarga miskin UMNO dengan memberikan mereka 2 ekor lembu yang berharga RM2,000 setiap seekor. Memang nampak betul. RM2,000 X dengan 2 ekor X dengan 62,500 keluarga jawapannya RM250 juta. Sila beri tepukan gemuruh buat Ustaz Idris!!!!!
Memang di mata kasar, tindakan bagi duit RM4,000 atau lembu 2 ekor kepada satu keluarga nampak macam bagus. Memang ikut model sebuah negara kebajikan. Tapi selepas tu apa? Kalau tahun tu jugak raya korban, keluarga tu jual sekor, sembelih sekor untuk korban, yang dapat hanya RM2,000. RM2,000 tu pulak beli barang dapur, baju raya, kuih raya, langsir dan seagainya, maka duit tu semua akan habis. Tahun depan kerajaan yang bermotifkan kebajikan akan bagi lagi RM250 juta kepada keluarga yang sama. Dan proses yang sama akan berulang. Kalau keluarga tu sanggup bersabar sikit, tunggulah lembu tu beranak. Tapi bukan mudah jugak nak jaga lembu bunting, nak beranakkan dia. Kena juga ada bantuan khidmat nasihat dari pegawai veterinar dan untuk bantu 62,500 keluarga untuk memberanakkan lembu, akak rasa memang tak masuk akal. Lepas tu, lembu-lembu sebanyak 125,000 ekor tu pulak akan mulalah berkeliaran sampai atas jalanraya. Dan banyaklah kemalangan yang berlaku. Tak kan setiap keluarga nak bina kandang untuk 2 ekor lembu kot. Kos lagi tu. Akai ada ka?
Tak mungkin kerajaan sebengong Ustaz Idris Hj Ahmad. Dengan projek NFC, ianya memberi banyak peluang pekerjaan kepada rakyat bukan setakat setahun dua, tapi berpuluh tahun. NFC akan bagi latihan kepada penternak lain untuk meningkatkan pendapatan. Beri peluang perniagaan lagi kepada sektor sokongan selain daripada mengurangkan import daging. Memanglah projek besar seperti itu tak boleh dinilai dalam dua tiga tahun. Kena bagi masa.
Kalau macamnilah konsep negara kebajikan Pakatan Rakyat, yang kerjanya nak memberi je asal rakyat undi PR, memang tak sampai tahun 2015 dah bangkrap dah Malaysia ni. Takut betul akak ngan cara pemikiran depa ni.
itupun kalau depa agih-agihkan rm250juta pd rakyat...silap-silap duit tu depa songlap sesama sendiri...sorok dalam serban dan jubah utk kebajikan keluarga depa saja.
ReplyDelete