Friday, 25 November 2011

BODEK SAM KETOT TAHAP BODEK LEMBU PENDEK!!!

Pemimpin PKR nampaknya cukup bimbang dengan pengaruh DAP dalam pergerakan mereka. Memang nampak sangat ahli2 PKR dilihat lebih banyak mengikut ideologi DAP. Mereka lupa tentang asas penubuhan parti Keadilan dulu adalah untuk membebaskan Anwar Ibrahim, ingin menuntut keadilan buat Anwar. Bukan untuk adil dalam parti, apalagi adil dalam memerintah. Semuanya tidak ada di dalam kamus parti Keadilan sebenarnya.

Sebab itu awal-awal lagi Azmin dah bagi peringat kat ahli PKR yang mereka perlu berjuang supaya Anwar dibebaskan dan mesti jadi Perdana Menteri yang ke 7. Dan rupa-rupanya Anwar pun bimbang jugak yang Guan Eng akan jadi PM atau malaun lain dari DAP. Sebab tu Sam Ketot dalam ucapan dasarnya di Kongres Angkatan Muda PKR mendesak kerajaan untuk membuat pindaan undang2 untuk membolehkan kaum Melayu sahaja menjadi Perdana Menteri. Depa bimbang kalau PR menang, orang DAP boleh dan akan jadi PM. Jadi semangat dan matlamat asal Parti Keadilan tidak kesampaian. Perjuangan mereka dipergunakan oleh DAP.

Akak tak pasti apa respon DAP dalam soal ini. Kalau PAS mungkin depa pun setuju jugak. Cuma akak yakin yang PAS tak berkenan untuk pilih si peliwat tegar sebagai PM. Cuba baca Harakahdaily Online harini. Depa sikitpun tak bagi ulasan ataupun menonjolkan cerita tentang ucapan Azmin yang nak jadikan Anwar sebagai PM ke-7. Yang depa cerita pasal isu 'Anak Muda Diiktiraf Peneraju Demokrasi Tulen'.

Dan akakpun nak gelak jugak dengan tahap bodek si Sam Ketot. Memang tahap bodek lembu pendek. Dia cakap kalau Anwar dipenjara, dia akan gerakkan jenteranya untuk buat perhimpunan Bersih 3.0! Kalau sebelumni perhimpunan haram Bershit hanyalah memberi tumpuan pada pilihanraya yang bersih dan adil. PAS pun dah tekankan jugak untuk buat Bershit 3.0 untuk tujuan mendesak kerajaan menerima dan melaksana 8 tuntutan Bershit 2.0 dulu. Tang mana pulak nak selit hal2 berkaitan moral si Anwar?

Tak apalah, nanti kalau Anwar jadi PM bolehlah Azmin dan Sam Ketot jadi menteri. Menteri apa agaknya ya?

No comments:

Post a Comment