Pertama akak nak ucap tahniah buat Papa Gomo sebab dapat anak pompuan ke dua pada 1.11.11. Cantik nombor tu. Tapi akak tak boleh tahan tengok kecomelan anak Papa Gomo. Rasa nak gigit hidung dia. Geram betul akak. Dan lihatlah betapa bersihnya wajah anak ini.... tanpa dosa, putih seputih-putihnya.
Dan kedua akak nak ucap selamat menunaikan ibadah haji kat PM dan isteri. Akak tengok betapa comelnya DS Rosmah Mansor bertudung di depan kaabah! Memang comel dan cantik. Akak puji dengan ikhlas dan berdoa moga mereka bakal mendapat haji mabrur. Insyaallah.
Lihatlah betapa bersih wajah wanita ini....sekalipun sebagai manusia, beliau barangkali pernah melakukan kesalahan dan dosa, sekiranya beliau bertaubat, maka segala dosanya akan diampunkan dan dia bakal pulang sebersih-bersihnya....bagai sehelai kain yang putih....
Satu peringatan buat kita semua....jangan terlalu menghina orang lain kerana kita tidak tahu bagaimana hubungannya dengan Allah. Jangan terlalu menghitung dosa orang lain kerana kita tidak pernah tahu pahala yang dia perolehi dari Allah.
No comments:
Post a Comment