Monday, 21 November 2011

PAS: BUKAN SETAKAT AIR TERCEMAR, BUDI BAHASA PUN TERCEMAR JUGAK

Dari kecik lagi kita dah diajar untuk mengucapkan terima kasih kepada setiap pemberian biarpun pemberian itu hanya bernilai lima sen, ataupun pemberian yang tiada sebarang nilai seperti tolong membantu mengambil barang jatuh.  Pun kepada posmen yang memang kerja dia menghantar surat, jika dia datang memberi surat kepada kita, kita akan mengucapkan terima kasih.  Itu budaya semua kaum dan agama serta amalannya di dalam Islam amat dituntut.

Tapi apa yang berlaku hari ini, PAS yang kononnya memperjuangkan Islam telah mengajar budak-budak untuk tidak mengucapkan terima kasih, mengajar ibu dan bapa untuk mengenepikan rasa kesyukuran hanya kerana pemberian yang sedikit!!!  Wang RM100 kepada setiap pelajar sekolah dianggap sebagai duit 'celah gigi' dan dikatakan hanya bernilai kurang 50 sen untuk setiap hari persekolahan bagi setiap pelajar.  Orang-orang PAS diajar untuk 'berkira', diajar untuk mengucapkan terima kasih hanya untuk sesuatu yang besar nilainya.  

Akak amat terperanjat dan kesal dengan sikap Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad yang merasakan pemberian RM100 kepada pelajar hanya menyusahkan ibu dan bapa untuk datang dan mengambil duit itu ke sekolah.   Maknanya RM100 itu tidak bernilai bagi dia.  Hebat dan kaya sungguh Ustaz Idris ni.  Cuma pada akak kalau setakat kaya harta dan wang ringgit, tak ada maknanya kalau miskin budi bahasa.  Dalam kes ini, budi bahasa manusia yag bergelar Ustaz ini larut dalam air yang tercemar di Kelantan.  Langsung tak ada budi bahasa.  Dah la air tercemar, budi bahasa pun tercemar jugak! 

Baca di SINI  dan di SINI

 

1 comment:

  1. Anonymous07:44:00

    Duit celah gigi..?? Ha ha...Tapi takde pulak dari kalangan puak-puak ni yang menolak duit celah gigi tu..Kalau celah gigi sangat, apa kata bagi la duit celah tekak pulak pada setiap pelajar di negeri-negeri yang ditadbir Pakatan Pembangkang... Ada berani..?

    ReplyDelete