Wednesday 2 November 2011

KESIAN ORANG FELDA DAN FELCRA.....TAK CERDIK KATA MAT SABU!

Orang yang rasa dirinya paling cerdik kat Malaysiani ialah Mat Sabu.  Dan orang-orang yang cerdik pada pandangan Mat Sabu adalah orang yang mendengar dan bersetuju dengan segala kata-katanya sekalipun yang tidak benar.  Tapi akak percaya jugak yang Mat Sabu ni cerdik.  Tak percaya cuba tengok kejayaannya sampai ke tahap hari ini.  Walau ditangkap di bilik 121, namun akibat kecerdikannya, beliau sekarang menjawat jawatan Timbalan Presiden PAS.  Kalah Tuan Ibrahim Tuan Man yang rasa akak lebih banyak tahu ayat-ayat al Quran dan hadis hadis sahih berbanding Mat Sabu.  Kecerdikan Mat Sabu sebenarnya telah memperlihatkan kebodohan pengundi PAS yang terlalu taksub mahu menjatuhkan BN.  Tapi akak tak kisahlah apa nak jadi kat Mat Sabu dengan pengikut-pengikut PAS.  Yang akak kesian dekat orang-orang FELDA dan FELCRA yang dituduh dek Mat Sabu sebagai salah satu golongan yang tak cerdik kerana mengundi dan berpihak kepada BN.  

Dalam ceramah beliau di Jalan Bukit Baru-Duyong, Melaka malam tadi, Mat Sabu kata yang BN ni dalam keadaan nazak.  Tak tahulah si Mat Sabu ni guna doktor mana yang mengesahkan bahawa BN ni memang dalam keadaan nazak.  Tapi seperti biasalah Mat Sabu ni dalam semua bidang dia cerdik termasuklah sejarah.  Kata Mat Sabu lagi, dalam keadaan nazak, talian hayat BN yang masih ada adalah orang kampung yang buta maklumat, orang miskin dan orang FELDA serta FELCRA.  Selain dari tu, semua orang yang cerdik dah sokong Pakatan Rakyat (PR).  Jadi maknanya yang tak sokong PR adalah orang yang tak cerdik.   Akak tak pastilah kalau orang FELDA dan FELCRA masih boleh senyum dan ketawa suka bila Mat Sabu menyifatkan depa tak cerdik atau dalam bahasa kasarnya, bodoh.  

Tapi akak percaya orang FELDA dan FELCRA tak semudah itu diperbodohkan dek Mat Sabu.  Depa tu lagi bijak menilai sebab depa nampak apa yang telah dibuat oleh kerajaan selama ni terhadap peneroka FELDA dan FELCRA dari dulu lagi.  Orang-orang FELDA sekarang ramai yang bertaraf jutawan, rumah dan kereta besar menjalar.  Anak-anak FELDA dan FELCRA ramai yang telah berjaya di luar sana.  Mereka bukan bodoh, mereka bukan buta maklumat.  Tapi mereka nampak dengan mata kepala mereka sendiri perubahan besar yang telah dilakukan oleh kerajaan terhadap keluarga mereka.  Bacalah blog anak FELDA, http://kafelda.blogspot.com dan banyak lagi untuk memperlihatkan betapa berilmunya mereka, betapa cerdiknya mereka! 

Kejayaan FELDA lah yang buatkan pembangkang begitu teruja untuk menakluki kekayaan dan kehebatannya....Dan orang-orang FELDA terlalu cerdik untuk faham niat orang PR ni.....  Kerajaan sebenarnya dah lama mencerdikkan mereka, tapi Mat Sabu pulak cuba-cuba memperbodohkan mereka.  Tak jalan la bang....55 kerusi parlimen dan 100 DUN di semua kawasan FELDA akan memihak kepada BN.  Insyaallah...

Untuk rujukan:

KEPUTUSAN DALAM PRU-12
 

Nama : Mazlan Aliman 
Umur : 42 Tahun
Kerjaya : Berniaga (dan memecahbelahkan orang-orang FELDA)

Jumlah Pengundi: 42,993
Peratusan Kaum: M: 60.67% C:33.88% I: 4.28% B/Sab: % B/Swk: % L: 1.17%
1. Mazlan bin Aliman (Pas)
2. Datuk Ismail Sabri Yaakob (BN)
Penyandang: Datuk Ismail Sabri Yaakob (BN) (Majoriti: 4,982 undi) 

 

 
   

No comments:

Post a Comment