Saturday, 5 November 2011

TAK SANGKA CHE'GUBARD SAYANGKAN BN! PATUTLA.....

Akak memang tak sangka rupanya Che'GuBard yang sedikit kacak tu rupanya sayangkan BN.  Mula-mula akak rasa tak percaya, tapi bila tengok balik tulisan dia, memang sah Che'GuBard sayang BN dan tidak mahu PR memerintah Malaysia.  Kalau tak percaya cuba perhatikan entry beliau yang akak copy kat bawah tu. 

Menurut Che'GuBard DS Najib akan buat pilihanraya 10 Disemberni dan ianya berlaku sebelum dibuat penambahbaikan pilihanraya. Kononnya ini akan membuatkan rakyat marah kepada kerajaan dan akan undi PR.  Jadi kalau betul, diam-diam ajelah.  Patutnya Che'GuBard bersorak dan tak perlu nak gelabah sampai buat ugutan dan kata dua yang akan menakutkan PM dan seluruh wakil rakyat BN.  Nanti, kalau PM tahu rakyat marah, PM mesti tunda pilihanraya ke tahun depan. Nanti kalah pulak PR. .  Betul tak? Akak sebenarnya konfius (fius terbakar sat tadi)  dengan Che'GuBard ni.  Dia ni sokong sapa sebenarnya?   

Akak nak gi buat rendang campurla...Nak ajak Che'GuBard datang.. 


______________________________________________

http://chegubard.blogspot.com/2011_11_01_archive.html

Kata Dua Daripada Rakyat kepada Barisan Nasional: Bersedia Terima Padah Jika Pilihan Raya Mengejut Sebelum Penambahbaikan Pilihanraya

3 November 2011

Untuk siaran segera

Nota Kepada Editor & aktivis perubahan ;

Kata Dua Daripada Rakyat kepada Najib: Bersedia Terima Padah Jika Pilihan Raya Mengejut Sebelum Penambahbaikan Pilihanraya

Di serata dunia kebelakangan ini, kita melihat kebangkitan kuasa rakyat menundukan pemerintahan diktator di beberapa buah negara. Di Malaysia, pada 9hb Julai 2011, ribuan rakyat telah memilih jalan raya untuk mendesak penambahbaikan proses pilihan raya negara, yang terbukti dicemari pelbagai kecacatan yang sering dinafi pihak pemerintah.

Kepincangan proses pilihanraya telah diakui oleh Dato Seri Najib Tun Abdul Razak dengan mengumumkan Jawatankuasa Pilihan Khas Berhubung Dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya, namun kenyataan umum terus dikeluarkan oleh ahli Barisan Nasional dan Perdana Menteri sendiri, yang mencadangkan bahawa Pilihan Raya Umum yang ke-13 akan diadakan tidak lama lagi dan tidak perlu menunggu proses reformasi proses pilihanraya selesai.

Maklumat terkini, daripada sumber-sumber dalaman yang boleh dipercayai telah mendedahkan bahawa Perdana Menteri akan mendapatkan perkenan Yang Di Pertuan Agong untuk membubarkan Dewan Rakyat sebaik pulang ke Malaysia pada 9hb November 2011, dan Suruhanjaya Pilihan Raya akan mengumumkan 1hb Disember 2011 sebagai tarikh penamaan calon dan 10 Disember 2011 sebagai hari mengundi.

Sememangnya ia khabar angin. Namun dalam negara ini yang tarikh pilihanraya terpaksa dinujum khabar angin ini perlu diambil serius.

Bagi pihak rakyat, ahli politik, pertubuhan bukan kerajaan, dan pemimpin persatuan-persatuan sivil akan mengadakan persidangan media untuk memberi kata dua kepada Najib, UMNO dan Barisan Nasional tentang padah yang akan diterima jika mereka meneruskan hasrat untuk memanggil pilihan raya mengejut sebelum penambahbaikan proses pilihan raya selesai.

Butir-butir sidang media adalah seperti berikut:

Tarikh : 5 November 2011
Masa : 2.30 petang
Tempat : Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur & Selangor (KLSCAH)

Kami amat menghargai jika anda menghantar wartawan anda untuk membuat liputan sidang media berkenaan. Buat semua aktivis perubahan dijemput juga hadir sidang media yang mengambil semangat pengorbanan di petang EidulAdha ini.


Untuk keterangan lanjut sila hubungi:
(1) +6012-2070534 (2) +6017-6688404

1 comment:

  1. Salam sejahtera dan salam AidilAdha, mohon dilink blog hamba disini. Blog Akak@Nilai telah dilink diblog hamba..Terima Kasih..
    http://klboyzwangsa.blogspot.com

    ReplyDelete