Bila pilihanraya dah semakin dekat, macam-macam cerita boleh dengar. Macam-macam buku politik akan diterbitkan dengan pembiayaan oleh individu atau syarikat yang berkepentingan. Dan salah satu darinya ialah buku 'NAJIB Perdana Menteri TERAKHIR'. Kononnya buku ini adalah cetusan rasa dari orang dalaman UMNO yang menjadi mata dan telinga kepada keluhan akar umbi.
Semuanya nak tunjuk pandai, semuanya nak menangguk di air keroh, semuanya berorientasikan duit dan nama. Tapi bila akak tengok tajuk pun akak dah rasa ada yang tak kena. Najib: Perdana Menteri Terakhir. Apa maksud si penulis? Perdana Menteri terakhir? Maknanya selepas ini Malaysia tak akan ada PM lagi ke?
Buku ni sebenarnya nak mempromosikan sistem dua parti kat Malaysia ni. Si penulis, Shahbudin Husin, bekas naib ketua Pemuda Umno Wangsa Maju berkata yang dia menghasilkan buku ni sekadar nak kritik Najib. Betul ke? Nak kritik Najib atau nak jatuhkan Najib atau nak malukan Najib? Cuba cakap terang-terang sikit. Yang akan terima kesan secara tak langsung dari penerbitan buku ini sudah tentu TPM sendiri yang kononnya dituduh merancang dari dalam untuk menggulingkan Najib. Kesan lain sudah tentu terhadap UMNO dan BN. Apa lagi pilihanraya yang sudah semakin hampir.
Kerana prinsip dan tanggungjawab kononnya Shahbudin Husin sanggup terima tindakan disiplin kerana penerbitan buku ini. Pada akak dia tak payah cakap pasal tanggungjawab la. Kalau dia rasa bertanggungjawab sangat kepada UMNO dan BN dan rasa bertanggungjawab untuk menasihatkan PM, tulisla sendiri pada PM. Tak payah nak terbitkan buku. Gunakan blog, bak kata Tun Mahathir. Banyak lagi saluran yang lebih berhemah boleh dibuat. Penat tul akak tengok orang-orang yang macamni.....
dia padai komen ja basanya org seperti tu pandai cakap ja buat kerja pun tak tau, masa lahir dulu mulut dia telangar anu mak dia kot.
ReplyDelete