Akak betul2 terperanjat dengan keputusan SIS untuk menyokong program Seksualiti Merdeka dan mengecam tindakan polis mengharamkan program tersebut. Semuanya demi kebebasan bersuara, berhimpun dan berkongsi idea. Kalau semuanya nak bebas, baik tak payah ada agama, ataupun jadilah atheist dan duduklah dalam satu dunia yang terpisah dengan dunia orang lain. Dalam apa perkarapun tidak ada kebebasan secara total. Banyak pertimbangan harus dibuat demi kesejahteraan umat. Bukan sahaja umat Islam, tapi manusia sejagat. Mana-mana agamapun tertakluk kepada peraturan dan tidak bebas sepenuhnya dan sebab tu lah semua agama ada kitab dia sendiri. Bebas bersuara tak semestinya boleh menyusahkan atau menyakitkan hati orang lain. Kalau semua bebas bersuara, tak payahlah ada undang-undang. Tak payahlah ada saman fitnah atau saman kerana mengganggu ketenteraman orang lain. Suka hati mak bapak kitalah nak cakap apa, nak cakap kat mana atau nak buat apa. Esok-esok ada pulak kumpulan yang menggelarkan dirinya sebagai pengedar dadah seMalaysia nak adakan perhimpunan untuk memansuhkan hukuman mati. Boleh ke buat macamtu? Boleh ke kerajaan dan polis biar je atas alasan kebebasan bersuara? Gila apa ke?
Tu sebab akak rasa, baik bubarkan ajelah Sisters In Islam atau jangan guna perkataan Islam kat belakangtu. Bikin malu umat je. Buat pertubuhan baru: Sisters In Atheist atau kalau nak lebih specifik Sisters In Gaytheists?
Tu la yg sgt pelik, tak de pulak pak sheikh n tok guru buat demo besar2an utk menghalang. Wilayah persekutuan kuala lumpur ni wakil rakyatnya DAP kan? Nasib baik depa tk dpt Putrajaya, kalau dpt, harus festival tu boleh pulak kat situ. Haruu.
ReplyDelete