Wednesday, 16 November 2011

DS NAJIB DISIMBAH CILI GARA-GARA KR1M!!!!

Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) menerima kritikan demi kritikan daripada pihak pemimpin pembangkang yang seboleh-bolehnya ingin menutup KR1M yang kini semakin berkembang dan mendapat permintaan yang tinggi di kalangan masyarakat berpendapatan rendah.  Pemimpin pembangkang memanglah boleh suka-suka hati nak tutup KR1M sebab depa semuatu orang kaya yang cuma beli barangan dapur kat Cold Storage.  Tapi bagi orang yang berpendapatan rendah dan sederhana, pembukaan KR1M merupakan satu rahmat buat mereka.

Macam-macam tuduhan yang pembangkang ni buat.  Depa kata produk kat KR1M ada bakteria E.coli, terlebih vitamin A, terdapat raksa dan plumbum berlebihan, harga jualan lebih mahal.  Pendek kata KR1M ni memang kedai yang boleh mencabut nyawala.  Punyala buruk dan teruk KR1M yang diilhamkan oleh DS Najib ni. 

Pada akak, kalau memang betul produk yang dikeluarkan oleh KR1M ni mempunyai keburukan, ini patut diambil tindakan yang sewajarnya.  Bab bab makananni, akakpun risau jugak.  Sepatutnya barangan yang dikuatiri mengandungi bahan terlarang atau melebihi had yang dibenarkan, dihentikan jualannya serta merta.  Tak kan nak bunuh orang-orang miskin pulak ye tak?  Kan ke depa ni nak undi BN?  Nanti kalau semua pakat mati sebab makan dari produk keluaran KR1M, siapa pulak lagi yang nak undi BN?  DS Najib akan dituduh sebagai pembunuh pulak nanti.  

Memang DS Najib kena tengok-tengokkan jugak kerja si Mydin, pengendali KR1M ni.  Dalam laporan draf penyelidikan perbandingan produk oleh Persatuan Pengguna-Pengguna Standard Malaysia (Standards Users) mendapati 3.64ppm plumbum dan 0.08ppm raksa atau merkuri dalam sos cili 1Malaysia.  Sedangkan, tahap yang dibenarkan untuk sos cili adalah 2ppm bagi plumbun manakala 0.05ppm untuk raksa. Mereka membandingkan dengan 3 lagi jenama sos cili iaitu Tesco Value, Life dan Lingham. Semua jenama berkenaan didapati mematuhi had yang ditetapkan.  http://www.malaysiakini.com/news/181479

Begitu jugak dengan susu formula 1Malaysia yang dikatakan mengandungi lapan kali lebih banyak vitamin A daripada had yang dibenarkan.  Bahaya untuk kanak-kanak sebab pengambilan vitamin A secara berlebihan boleh menyebabkan di ‘Hypervitaminosis A’, yang antara lain, boleh menyumbang kepada masalah hati, mengurangkan ketumpatan mineral tulang dan perubahan warna kulit. 

Ini semua adalah hasil kajian yang diperolehi dek kaum pembangkangla.  Depa ni memang seboleh-bolehnya nak mencari kesalahan je.  Kalaupun ada satu dua jenis barang yang tak bagus, tak kan nak tutup kedai kot.  Dulupun ada kes susu formula yang tercemar jugak.  Tak pulak pembangkang suruh tutup Tesco, Giant dan kedai-kedai lain.  Takut sangat mati duk minum susu formula.  Tu yang sampai pagi bertenggek kat kedai mamak duk minum teh tarik, nescafe tarik dan bermacam-macam tarik lagi, tak pulak depa takut mati.  Nape tak suh tutup jer kedai mamak semua kat Malaysia ni? 

Kadang-kadang niat yang baik akan dipergunakan oleh orang lain untuk mencari keuntungan....Hasrat asalnya amat mulia untuk mengurangkan beban masyarakat dengan peningkatan harga barangan.  Tapi.....entahla....akak makan maggi je la.



No comments:

Post a Comment