Menakutkan! Betul-betul mencemaskan! Keadaan kelam kabut dan tidak menetu. Itulah yang berlaku di di Kelab Taman Perdana Diraja, Kuala Lumpur. Seramai 200 orang berhimpun sebagai bantahan terhadap penggubalan Akta Perhimpunan Aman 2011. Mereka akan berarak menuju je parlimen dan menyertai pulak kumpulan pendesak 'Occupy' juga dilapor akan berhimpun selama tiga hari berturut-turut di hadapan bangunan Parlimen bagi menunjukkan bantahan yang sama. Ha? 200 jer? Rakyat Malaysia 28 juta. Bantahan oleh 200 orang jer nak kecoh? Apa ada hal! Depa ingat, depa tu laywer, depa berkuasa menentukan hala tuju negara? Depa tu bijak sangat ke? Setakat menghafal fakta, menghafal kes dan akta bolehla. Ini bukan zaman P Ramlee yang mak mertuanya mencari menantu doktor atau laywer. Piraaahhh! Woi, tu banyak kes yang hangpa duk tangguh sebab tak sempat nak kaji kes. Jangan sibuk nak berhimpun, nak berjalan kaki. Baca dan teliti kes hangpa tu dulu sebelum nak selesaikan kes orang lain. Klien bayar korang untuk menang kes dalam mahkamah, bukan untuk menangkan Ambiga, Anwar! Ker depa bayaq hangpa lebih kot????
_______________________________________________________________________
Mkini
Peguam-peguam di seluruh negara yang berada di bawah naungan Majlis Peguam Malaysia sedang berhimpun di Kelab Taman Perdana Diraja, Kuala Lumpur bagi meluahkan bantahan terhadap penggubalan Akta Perhimpunan Aman 2011.
Rang undang-undang yang akan dibahaskan di Dewan Rakyat hari ini untuk bacaan kali kedua dijangka akan diundi pada malam ini.
Sambil menyifatkan rang undang-undang itu akan merampas hak rakyat yang dijamin oleh perlembagaan, presiden Majlis Peguam, Lim Chee Wee berkata peguam di seluruh negara tidak sepatutnya hanya menyaksikan kebebasan rakyat disekat tanpa membuat sebarang tindakan.
Justeru, Majlis Peguam Malaysia telah mengerahkan anggotanya supaya berkumpul di Kelab Taman Perdana Diraja dan akan berjalan kaki menuju ke Parlimen sebagai menunjukkan bantahan mereka meskipun bersetuju membuat beberapa pindaan kecil.
Perarakan yang dinamakan ‘Walk for Freedom’, akan menyaksikan peguam-peguam berjalan sejauh kira-kira dua kilometer menuju ke bangunan Parlimen bermula jam 11.30 pagi ini.
Sebuah lagi kumpulan pendesak 'Occupy' juga dilapor akan berhimpun selama tiga hari berturut-turut di hadapan bangunan Parlimen bagi menunjukkan bantahan yang sama.
Di bangunan Parlimen, polis mula mendirikan sekatan jalan di pintu masuk bagi persiapan berdepan dengan peguam dan orang ramai yang akan berarak itu.
11:35am Ketua Jawatankuasa Perlembagaaan, Majlis Peguam Syahrezan Johan berkata kepada kira-kira 300 orang yang kini hadir: Perarakan hari ini bukan kerana politik, tetapi tindakan tergesa-gesa mereka (kerajaan) cuba meluluskan undang-undang itu yang bertentangan dengan hak perlembagaan rakyat.”
Menurut Syahrezan, jika rang undang-undang itu diluluskan, peruntukannya akan disalah-guna.
Beliau menyenaraikan situasi di mana orang ramai tidak dibenarkan berhimpun dan setiap satu situasai yang disebutkannya itu sisambut dengan jeritan ‘boo’ para hadirin.
"Tahukah anda, kita juga tidak boleh berhimpun di ibu pejabat Majlis Peguam kerana ia terletak 50 meter daripada sebuah jambatan?”
"Kami telah gubal Bil alternatif yang lebih baik dan ini dilakukan dalam masa tiga hari. Kami minta kerajaan mempertimbangkannya kerana ia memberi makna kepada ucapan Hari Malaysia oleh PM.”
11:31am Lim Chee Wee memulakan ucapannya kepada hadirin.
11:29am Beberapa poster berwarna kuning dikibarkan. Antaranya berbunyi: 'Kill the Bill' dan 'Bebas Himpun, Bebas Rakyat'.
11:23am Jumlah hadirin bertambah kepada kira-kira 200 orang. Masih tiada kelihatan kehadiran anggota polis kecuali seorang polis trafik.
Antara yang hadir juga termasuk ahli parlimen Segambut Lim Lip Eng dari DAP yang juga seorang peguam dan Kua Kia Soong dari Suaram. Beberapa aktivis kempen Anti-Lynas juga kelihatan bersama kumpulan ini.
11:20am Anggota Jawantakuasa Pusat PAS, Hanipa Maidin yang juga seorang peguam dan ahli parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin juga hadir.
11:16am Majlis Peguam mengedarkan draf 18 muklasurat Akta Perhimpunan Aman versinya kepada media.
11:14 am: Lim Wee Chee memberitahu wartawan asing bahawa penubuhan Malaysia juga adalah berdasarkan demonstrasi jalanan.
"Rang Undang-Undang ini bakal merampas akta yang memberikan kita kemerdekaaan negara.”
11.10am: Ambiga memberitahu wartawan: "Saya harap kerajaan akan mengkaji semula Rang Undang-undang itu. Tidak perlu tergesa-gesa.”
Naib presiden PKR N Surendran dan ketua penerangan PKR Latheefa Koya juga kelihatan bersama - kedua-dua mereka adalah peguam.
11:05am: Seorang anggota polis trafik tiba bagi mengawal lalu lintas.
11:03am Jumlah hadirin semakin bertambah dan kini dianggarkan 100 orang. Peguam berpakaian sut manakala penyokongnya berbaju kuning.
11:01am Presiden Majlis Peguam Lim Chee Wee berkata beliau akan berucap pada hadirin pada jam 11.30 pagi. Perarakan akan bermula pada jam 12.30 tengahari.
11:00am Bekas presiden Majlis Peguam, Datuk Ambiga Sreenevasan tiba.
10:56am: Beberapa kereta peronda melalui kawasan sekitar tetapi tidak berhenti. Jumlah mereka yang berkumpul dianggar sekitar 80 orang.
10:48am Setakat ini, kira-kira 40 orang peguam, sedang berhimpun di luar jalan menunju Kelab Taman Perdana Diraja. Turut menunggu adalah orang ramai yang bercadang untuk berarak bersama Majlis Peguam.
10:45am Seorang anggota sekretariat memaklumkan kepada wartawan bahawa tempat berkumpul telah ditukar ke jalan tempat masuk Kelab Taman Perdana Diraja yang terletak kira-kira 300 meter. Wartawan mula meninggalkan lokasi sekarang.
10:38am Wartawan mula berkumpul di Kelab Taman Perdana Diraja. Hanya bilangan kecil peguam berada di sini.
Tiada anggota polis juga dikesan, meskipun kira-kira 10 orang sebelum ini kelihatan sekitar Tugu Negara yang terletak di jalan bersebelahan.
10:05am Kira-kira 40 anggota polis termasuk pasukan pertahanan awam kelihantan mengawal pintu masuk utama Parlimen.
10:00am Tinjauan Malaysiakini mendapati, belum ada sekatan jalan raya. Trafik lancar termasuk jalan menuju ke Kelab Taman Perdana Diraja.
_______________________________________________________________________
Mkini
200 peguam, orang ramai berhimpun bantah akta
GALERI FOTOPeguam-peguam di seluruh negara yang berada di bawah naungan Majlis Peguam Malaysia sedang berhimpun di Kelab Taman Perdana Diraja, Kuala Lumpur bagi meluahkan bantahan terhadap penggubalan Akta Perhimpunan Aman 2011.
Rang undang-undang yang akan dibahaskan di Dewan Rakyat hari ini untuk bacaan kali kedua dijangka akan diundi pada malam ini.
Sambil menyifatkan rang undang-undang itu akan merampas hak rakyat yang dijamin oleh perlembagaan, presiden Majlis Peguam, Lim Chee Wee berkata peguam di seluruh negara tidak sepatutnya hanya menyaksikan kebebasan rakyat disekat tanpa membuat sebarang tindakan.
Justeru, Majlis Peguam Malaysia telah mengerahkan anggotanya supaya berkumpul di Kelab Taman Perdana Diraja dan akan berjalan kaki menuju ke Parlimen sebagai menunjukkan bantahan mereka meskipun bersetuju membuat beberapa pindaan kecil.
Perarakan yang dinamakan ‘Walk for Freedom’, akan menyaksikan peguam-peguam berjalan sejauh kira-kira dua kilometer menuju ke bangunan Parlimen bermula jam 11.30 pagi ini.
Sebuah lagi kumpulan pendesak 'Occupy' juga dilapor akan berhimpun selama tiga hari berturut-turut di hadapan bangunan Parlimen bagi menunjukkan bantahan yang sama.
LAPORAN LANGSUNG
11:47am Anggota Suruhanjaya Hak Asasi Manusian (Suhakam) kelihatan memantau perhimpunan hari ini.Di bangunan Parlimen, polis mula mendirikan sekatan jalan di pintu masuk bagi persiapan berdepan dengan peguam dan orang ramai yang akan berarak itu.
11:35am Ketua Jawatankuasa Perlembagaaan, Majlis Peguam Syahrezan Johan berkata kepada kira-kira 300 orang yang kini hadir: Perarakan hari ini bukan kerana politik, tetapi tindakan tergesa-gesa mereka (kerajaan) cuba meluluskan undang-undang itu yang bertentangan dengan hak perlembagaan rakyat.”
Menurut Syahrezan, jika rang undang-undang itu diluluskan, peruntukannya akan disalah-guna.
Beliau menyenaraikan situasi di mana orang ramai tidak dibenarkan berhimpun dan setiap satu situasai yang disebutkannya itu sisambut dengan jeritan ‘boo’ para hadirin.
"Tahukah anda, kita juga tidak boleh berhimpun di ibu pejabat Majlis Peguam kerana ia terletak 50 meter daripada sebuah jambatan?”
"Kami telah gubal Bil alternatif yang lebih baik dan ini dilakukan dalam masa tiga hari. Kami minta kerajaan mempertimbangkannya kerana ia memberi makna kepada ucapan Hari Malaysia oleh PM.”
11:31am Lim Chee Wee memulakan ucapannya kepada hadirin.
11:29am Beberapa poster berwarna kuning dikibarkan. Antaranya berbunyi: 'Kill the Bill' dan 'Bebas Himpun, Bebas Rakyat'.
11:23am Jumlah hadirin bertambah kepada kira-kira 200 orang. Masih tiada kelihatan kehadiran anggota polis kecuali seorang polis trafik.
Antara yang hadir juga termasuk ahli parlimen Segambut Lim Lip Eng dari DAP yang juga seorang peguam dan Kua Kia Soong dari Suaram. Beberapa aktivis kempen Anti-Lynas juga kelihatan bersama kumpulan ini.
11:20am Anggota Jawantakuasa Pusat PAS, Hanipa Maidin yang juga seorang peguam dan ahli parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin juga hadir.
11:16am Majlis Peguam mengedarkan draf 18 muklasurat Akta Perhimpunan Aman versinya kepada media.
11:14 am: Lim Wee Chee memberitahu wartawan asing bahawa penubuhan Malaysia juga adalah berdasarkan demonstrasi jalanan.
"Rang Undang-Undang ini bakal merampas akta yang memberikan kita kemerdekaaan negara.”
11.10am: Ambiga memberitahu wartawan: "Saya harap kerajaan akan mengkaji semula Rang Undang-undang itu. Tidak perlu tergesa-gesa.”
Naib presiden PKR N Surendran dan ketua penerangan PKR Latheefa Koya juga kelihatan bersama - kedua-dua mereka adalah peguam.
11:05am: Seorang anggota polis trafik tiba bagi mengawal lalu lintas.
11:03am Jumlah hadirin semakin bertambah dan kini dianggarkan 100 orang. Peguam berpakaian sut manakala penyokongnya berbaju kuning.
11:01am Presiden Majlis Peguam Lim Chee Wee berkata beliau akan berucap pada hadirin pada jam 11.30 pagi. Perarakan akan bermula pada jam 12.30 tengahari.
11:00am Bekas presiden Majlis Peguam, Datuk Ambiga Sreenevasan tiba.
10:56am: Beberapa kereta peronda melalui kawasan sekitar tetapi tidak berhenti. Jumlah mereka yang berkumpul dianggar sekitar 80 orang.
10:48am Setakat ini, kira-kira 40 orang peguam, sedang berhimpun di luar jalan menunju Kelab Taman Perdana Diraja. Turut menunggu adalah orang ramai yang bercadang untuk berarak bersama Majlis Peguam.
10:45am Seorang anggota sekretariat memaklumkan kepada wartawan bahawa tempat berkumpul telah ditukar ke jalan tempat masuk Kelab Taman Perdana Diraja yang terletak kira-kira 300 meter. Wartawan mula meninggalkan lokasi sekarang.
10:38am Wartawan mula berkumpul di Kelab Taman Perdana Diraja. Hanya bilangan kecil peguam berada di sini.
Tiada anggota polis juga dikesan, meskipun kira-kira 10 orang sebelum ini kelihatan sekitar Tugu Negara yang terletak di jalan bersebelahan.
10:05am Kira-kira 40 anggota polis termasuk pasukan pertahanan awam kelihantan mengawal pintu masuk utama Parlimen.
10:00am Tinjauan Malaysiakini mendapati, belum ada sekatan jalan raya. Trafik lancar termasuk jalan menuju ke Kelab Taman Perdana Diraja.
No comments:
Post a Comment