Wednesday, 16 November 2011

PENCAIR DAKWAT KEKAL DITEMUI.....dakwat kekal dah tak kekal!!!!

Pilihanraya akan datang bakal menggunakan dakwat kekal seperti yang disalakkan oleh Bershit 2.0 dan jugak para pembangkang yang memang tak pernah berpuas hati dengan sistem yang telah sedia ada.  Menurut peguam negara, Tan Sri Abdul Gani Patail, dakwat kekal boleh digunakan tanpa perlu melakukan pindaan perlembagaan.  Cukup sekadar membuat pindaan terhadap peraturan pilihanraya.  http://www.malaysiakini.com/news/181516

Cuma akak rasa kalaupun dakwat kekal digunakan, masih banyak ruang untuk melakukan penipuan, jika itu yang difikirkan oleh pembangkang.  Dakwat kekal itu boleh dicairkan oleh pegawai penyelia pilihanraya sebelum diletakkan di jari.  Pegawai juga boleh tidak menandakan pengundi apabila dibayar untuk berbuat demikian.  Jadi pengundi boleh mengundi beberapa kali tanpa dapat dikesan.  Jadi apa istimewa dan hebatnya dakwat kekal tu?  Kalau nak menipu, segala bentuk penipuan boleh dibuat.  Dan kalau dalam fikiran yang jumud dah kata yang BN melakukan penipuan dalam pilihanraya, apapun yang bakal dilakukan, keputusannya tetap sama.  Kalau BN menang, mesti BN melakukan penipuan, itu kata pembangkang.  Betul kan?  Penat tul rasanya.... 

Entah-entah BN dah jumpa cara untuk mencairkan dakwat kekal tu tak?  Entah-entah dah ada syarikat milik menteri kabinet yang akan bawa masuk dakwat kekal dan sekali dengan bahan pencair tak?  Sebab tu kerajaan dah tak kisah kalau dakwat kekal digunakan.  Peh...banyak betul prasangka!  

Akak harap ada dakwat kekal yang warna merah.  Jadi akak nak taruk kat semua jari, biar nampak cam baru lepas kahwin.  Hehehe

1 comment:

  1. Otak Geliga16:16:00

    Gomo mmg mantap.....lepas ni suma pengundi pembangkang pakat2 pakai inai plak...kat jari/rambut...x cukup tepek kat muka......hehehe

    kalau hilang jugak bg tindik lubang hidung sbg tanda lombu sudah mengundi.....hehehe

    ReplyDelete