Kerana rasa terpinggir dan tidak punya ruang untuk bersuara, akhirnya Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyertai NGO baru Angkatan Amanah Merdeka (Amanah). Betul? Boleh ke? Dah giler ke apa?
Sebenarnya yang gila nak bercakap ialah orang-orang Amanah tu sendiri. Selamani depa tu tak dipedulikan dan suara depa orang tak nak dengar. Bukan je orang atasan, bukan aje Perdana menteri tak nak dengar, orang kebanyakan dan rakyat biasapun dah tak nak dengar apa depa cakap. Semua dah tak nak tengok dah muka-muka veteran yang memang sepatutnya menghabiskan masa dengan cucu kat rumah ni. Dah lemau....semua pangkat atok yang masih belum puas menatap muka sendiri kat TV dan suratkhabar! Bila orang dah tak amik peduli, merajuk. Biasalah orang tua kan???
Bila TPM kata Umno tidak pernah menyekat mana-mana pemimpinnya di semua peringkat daripada menyuarakan pendapat tentang isu melibatkan parti kerana parti itu mengamalkan prinsip demokrasi, depa hentam pulak TPM. Kononnya Muhyiddin tak sedar diri, tak tahu yang dirinyapun dipinggir dalam UMNO. Wah bukan main prihatin lagi orang-orang Amanah. Yang cakap tu bukan presiden tau, tapi Pegawai khas kepada ahli parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah bernama Muhd Lukhman Ghani.
Akak ni bengang bukan sebab apa, tapi sebab orang-orang macamni lah yang buat UMNO dan BN susah. PRU 13 dah nak dekat, tapi orang yang macamni cuba menangguk di air keruh. Cuba nak ugut BN. Kalau BN tak ikut apa depa cakap, depa akan tubuh parti baru dan ada kemungkinan akan menyertai PR. Orang yang macamni patutnya dah lama ditolak oleh BN. Menyusahkan je. Sekarangpun tuduhan depa yang BN dan UMNO tak bagi ruang untuk bersuarapun dah bagi satu bonus buat pembangkang. Seolah-olah itulah amalan buruk UMNO dan BN selama ni. Tidak demokratik, kuku besi dan suka memonopoli.
Kalau Tg Razaleigh cakap yang ruang bersuara dah lama tertutup sejak wujudnya UMNO baru di zaman Tun Mahathir, apa pasal sekarang baru nak wujudkan Amanah? Kenapa tak dari dulu lagi? Lupa pulak, Semangat 46 (S46) pun dah pernah wujud dulu kan? Dan S46 telah bekerjasama dengan PAS dan DAP untuk pilihanraya umum tahun 1990 dan 1995. Lepastu bila tengok S46 tak boleh hidup, depa bubar dan masuk balik UMNO baru. Sekarang Tg Razaleigh nak buat hal lagi. Penat la akak tengok anak raja yang sorang ni. Memang pengaruh tu ada, tapi tak payahlah Tengku. Duk diam-diam kat Gua Musang tu lagi baik. Dan cuba-cubalah cari musang yang berjanggut dulu ya. Kalau tak jumpa, baik Tengku simpan janggut, lepastu jumpa Lim Guan Eng dan mintak jawatan PM bila PR dah memerintah nanti. Tapi akak rasa memang sampai berjanggutla menunggu......
No comments:
Post a Comment