Friday, 4 November 2011

ANWAR TERDUDUK, CHEGUBARD TERKANGKANG.....

Cerita anak bini PM berbelanja besar di saat ramai rakyat Malaysia menderita kerana kemiskinan menjadi modal paling laris buat Anwar dan lain-lain manusia taksub pakatan termasuk blogger upahan dan picisan pakatan.  Cerita cincin 24 juta, cerita beg tangan, cerita baju, selendang dan barangkali seluar dalam keluarga PM menjadi intaian dia orangni.  Kenapa?  Sebab depa dah tak ada isu lagi nak bawak ke tengah.  Isu untuk buat rakyat marah.  Rakyat dah rasa selesa di bawah pemerintahan DS Najib, jadi puak ni perlu mengaleh perhatian rakyat kepada isu lain yang lebih peribadi.  Depa nak rakyat marah pulak kat Rosmah, kat anak Najib.

Tapi sekarang Anwar akan malu, Che'GuBard akan melondehkan sikapnya sendiri yang suka kepada cerita sensasi yang meloyakan apabila Akhbar Australia menafikan cerita tentang perbelanjaan DS Rosmah dan anak Najib sewaktu di Australia sempena Mesyuarat Ketua-ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM).  Bila DS Najib menjelaskan di Twitternya bahawa anaknya tidak ada di Australia ketika itu, puak pakatan terus menyerang dan tak nak percaya.  Tapi bila Akhbar Australia The West Australian sendiri mengaku bahawa laporannya tidak benar, semua kaum pakatan diam membisu.  Bila bloggers BN mintak Che'GuBard mintak maaf, dia tetap degil dan apa yang dia buat cuma melaporkan sahaja pembetulan yang dibuat di akhbar Australia itu.  Ini sesuatu yang tidak adil.  Bila nak mengata, bukan main lagi panjang dia punya ulasan.  Tak cukup tangan nak menulis.  Tak cukup air liur punyala nak mengata.  Bila dah tersalah kata, tak pulak panjang ulasannya.  Itupun dia tetap juga nak kata yang kerajaan dah bayar pulak kat Akhbar tu macam yang kerajaan buat dalam kes cincin 24 juta kepada media Indonesia.  Agaknya DS najib ni kerjanya tak lain dari nak membayar media antarabangsa je ke? Macammana pulak kalau kita beranggapan bahawa Akhbar Australia tu dibayar oleh Anwar atau puak pakatan untuk memburukkan imej DS Najib dan keluarganya?  Kenapa depa tak nak fikir camtu?  Apa-apapun akak suka jugak.  Padan ngan muka depa.     


________________________________
MKini:
 
Belanja anak PM: Akhbar Australia buat pembetulan
Akhbar Australia The West Australian mengakui laporannya sebelum ini yang mendakwa anak perempuan Datuk Seri Najib Razak berbelanja besar di negara itu sebagai tidak benar.

"The West Australian sedar perkara ini tidak benar dan anak perempuan Najib tidak berada di Perth pada waktu itu," ralat yang diterbitkan hari ini dipetik.

Perdana menteri semalam menjelaskan perkara yang sama di Twitter dan berkata orang ramai sepatutnya tidak terpedaya atau terbabit menyebarkan pembohongan itu.

Awal minggu ini, laporan berita di The West Australian, mendakwa anak gadis Najib membelanjakan A$60,000 (RM195,000) semasa membeli-belah di David Jones, antara gedung terbesar di Australia.

Laporan bertajuk "Delegates go shopping and sightseeing" (perwakilan membeli-belah dan bersiar-siar) dipetik meluas di blog dan Facebook, termasuk dalam akhbar web rasmi PKR Keadilandaily.

Akhbar itu melaporkan, peniaga membuat keuntungan besar apabila "seorang wanita pertama" membelanjakan A$150,000 (RM487,000) membeli mutiara Australia Barat, manakala 'anak gadis Najib' dilapor membelanjakan A$60,000.

Ia memetik pengarah negeri Mesyuarat Ketua-ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM)  Richard Muirhead sebagai berkata, aktiviti masa lapang dan ekspedisi membeli-belah itu diatur untuk perwakilan asing di luar jadual mesyuarat yang ketat.

No comments:

Post a Comment