Tuesday 20 March 2012

SALAHUDIN AYUB MENANGIS LAGI...

Belum kering lagi airmata Salahudin menangis pasal isu Pas Kedah, kini Salahudin menangis lagi. Kalau dulu Salahudin gembira sampai menangis teresak2 kerana terlalu gembira bila krisis Pas Kedah kononnya dah berakhir. Tapi rupanya panas yang disangka sampai ke petang rupanya hujan di tengah hari. Tak sempat tengah haripun, masih pagi lagi dah hujan ribut melanda. Siap petir dan halilintar lagi. Maka menangis lagilah si Salahudin mengenangkan nasib Pas. Sedih kan?

Itulah orang cakap, jangan takbur sangat. Haritu bukan main lagi pemimpin Pas pusat berkokok kononnya Pas begitu hebat menyelesaikan masalah. Kehebatan Pas pusat tu menunjukkan depa lebih bagus jika memerintah negara. Bukan macam Umno dan BN. Sekelip mata masalah Pas Kedah selesai, biduk berlalu kiambang bertaut kononnya. Ha sekarang amacam? Pas Pusat terdiam, Haramkah Daily langsung tak cerita Pas Kedah yang terus bergolak.

Phahrolrazi terus dengan sikap ego dia dengan buat tuduhan yang ada pihak ketiga nak jatuhkan dia dan mahu dia berundur dari pegang jawatan Timbalan Pesuruhjaya 1 Pas Kedah. Kenyataan terbuka dia disambut dengan penuh kemarahan Ketua Pemuda Pas Alor Setar, Mohd Azam Awang yang sifatkan tuduhan Phahrolrazi tak berasas. Katanya lagi bukan ada pihak ketiga tapi ada dua buah dewan dan 15 kawasan dalam Pas Kedah yang menyokong usul supaya Phahrolrazi berundur. Haaa amik kau! Maksudnya, majoriti orang Pas Kedah tak nak si Phahrolrazi dan sorang lagi kawan dia tu. Tapi Pas Pusat sudah mintak jugak MB terima balik makhluk 2 ekor tu jadi exco. Bila kerajaan Kedah jadi Kerajaan Pas, itulah masalahnya. Depa tak tahu nak bezakan antara parti dan kerajaan. Tapi itulah ciri2 pemimpin dan parti politik yang akan jadi pemerintah kerajaan Malaysia nanti, itupun kalau rakyat 'tergamak' lah nak pilih...

Kepada Salahudin, sudah sudahlah menangis tu. Buruk sangat rupanya...


Published with Blogger-droid v2.0.3

1 comment:

  1. pak ngah01:09:00

    nangis tu drama aje kak....tau sangat dah.... sekampung dengan pak ngah.... sekolah rendah pun tempat yang sama... tua pak ngah setaun aje... nak balik johor pn kami tau... pak ngah nak tau juga hasilnya nanti.... tak nak ke dia bertanding di dun kukup...atau parliment Tanjung Piai...

    ReplyDelete