Monday 12 March 2012

ANWAR DIHALANG MASUK SABAH DAN SARAWAK!!!

Apa hal duk halang-halang warga Malaysia masuk ke mana-mana negeri kat dalam Malaysia nie?  Bab nie akak memang tak berkenan betul.  Akak tak pasti kenapa seseorang warga negara mesti mendapat layanan yang macamtu di negeri-negeri Sabah dan Sarawak.  Apa alasan pihak imigresen?  Tak bolehlah kata 'kami menjalankan tugas jer'.  Mesti ada sebab yang munasabah.  Kalau disebabkan faktor keselamatan, kenapa Anwar Ibrahim dibenarkan masuk pulak?  Boleh bebas ke luar negara.  Anwar Ibrahim lagi merbahaya berbanding ANAK ikan bilis si Mazlan Aliman walaupun dia Presiden ANAK. Pun sama gak kesnya bila Ambiga dihalang masuk ke Sarawak.   Sepatutnya Anwar yang dihalang memasuki Sabah dan Sarawak sebab dia suka buat fitnah sana sini dan bakal membawa kemudaratan kepada rakyat ke dua-dua negeri tersebut.  Tapi itu tidak berlaku pulak.  

Akak betul2 nak tahu kenapa Mazlan Aliman ditahan pihak Imigresen sebaik tiba di Kota Kinabalu.  Beliau tidak dibenarkan masuk di bawah Seksyen 65(1) Akta Imigresen 1959 oleh pihak berkuasa kerajaan negeri Sabah, dan kemudian diarahkan pulang semula ke Semenanjung.  Alasan yang diberikan:  'cuma menjalankan tugas.'.  Tugas apa? Tugas siapa?  Mesti ada alasan beb.  Kalau orang tak tahu apa alasan yang wajar, tu yang akan jadi isu.  Setakat bagi alasan yang 'general' payahlah rakyat macam akak nak faham.  Tak perlulah tambah isu yang boleh dgunapakai dek pembangkang untuk tambah kebencian rakyat kepada pemerintah.

Akak betul2 berharap ada penjelasan yang wajar untuk isu nie....

3 comments:

  1. Anonymous14:56:00

    Salam,

    Sebenarnya dalam perkara/perjanjian 20 dan 18 bagi negeri-negeri Sabah dan Sarawak sebelum menyertai Malaysia diberi pengecualian di bawah Akta Imigeresen untuk diberi kuasa kepada Kerajaan Negeri untuk menolak/menghalang mana-mana individu untuk masuk ke Sabah dan Sarawak TANPA SEBARANG ALASAN. Itu sudah termaktub dalam perjanjian semasa Sabah dan Sarawak sebelum menyertai penubuhan Malaysia lagi. Jadi kalau kena halang daripada masuk Sabah dan Sarawak, tak payah la nak gaduh atau nak minta sebab kenapa x bleh masuk. Imigresen tak akan bagi alasan punya lah. Kalau x caya... tanya si Ambiga.

    ReplyDelete
  2. Anonymous15:47:00

    mungkin generesi sekarang kurang arif berhubung akta imigresen yg dimiliki keatas sabah dan serawak

    ReplyDelete
  3. Harap Akak@Nilai baca dan fahami Sejarah Negara. Bukan tahap tinggi sangat Sejarah Malaysia SPM saja. Di situ sudah ada hal berkaitan Perlembagaan, Hak Kerajaan Pusat, Hak Kerajaan Negeri dan Hak Bersama. Semua itu dah termatuk dalam Perlembagaan. That why semasa saya bertugas di Sabah dulu kita perlu ada PastPort Terhad untuk masuk Sbah dan Sarawak walaupun kedua-dua negeri itu masih lagi dalam Malaysia. Harap Akak@Nilai jangan mudah meroyan ya, kerana itu adalah undang-undang...

    ReplyDelete