Friday, 9 March 2012

SURENDRAN SAH KE SYURGA PAS!

Kalau nak dapat perhatian pembangkang perlu ada ciri-ciri ganas.  Kalau tak ganas, kalau mulut tak celupar, jangan harap dapat pembelaan dari pembangkang.  Itu pasal bekas Imam yang kena penjara setahun tu mendapat pembelaan dari pembangkang sebab kehebatan dia baling selipar dan menghina sistem kehakiman!  Sebelum ni kenapa Surendran, kenapa peguam pembangkang tidak secara suka rela mewakili dia?  Kenapa bila dia dah baling selipar, bila dia dihukum baru nak kata yang mahkamah tidak bertimbangrasa dan menghukum secara keterlaluan.  Surendran yang jugak kepingin nak masuk ke syurga Pas begitu lantang lagi bersuara.  Kononnya kesian kat bekas imam tu yang ada 7 anak dan tak diwakili peguam.  Bukan ke baru-baruni si Hoslan ni kata nak berbincang dengan peguam dia?  Adapun peguam!  Biar betul Surendran ni.  Ke korang barisan peguam Hoslan dah bagi nasihat yang salah pada dia?  Cuba baca kat sini dan kat  sini

Pada akak si Hoslan Hussin tu sedakar nak kan simpati dan pembelaan dari pembangkang je.  Dia tahu dia dah kehilangan segalanya sebab perangai dia.  Bila Al Alqam bubar, dia duk mengemis nak jadi imam.  Bila dah dibagi peluang jadi imam, dia mula nak tunjuk kuasa dan tunjuk pandai dan cuba nak kontrol masjid tu pulak.  Kalau dah dilantik sebagai imam, buatla kerja imam.  Yang duk sibuk hal duit tu apa hal?  Ke dia yang nak duit tu, tapi tak dapat?  Kalau ikut ceritanya, pihak MAIP telah bertindak di atas laporan yang dia buat.  Tapi dia tetap tak puas hati dan terus-terusan nak cari salah dan buat laporan terus.  Orang macamni banyak prasangka dan dia tidak pernah tenang kerana terlalu sangat berprasangka.  Dia mendakwa penyelewengan ratus-ratus ribu.  Ye ke bang? 

Pastu bila dia ditamatkan khidmat sebagai imam rawatib, dia diminta keluar dari mendiami kuarters masjid tersebut.  Logikla tindakan tu sebab kuarters tu akan didiami pulak imam yang lain nanti.  Itupun dia dah diberi rumah lain, bukannya halau keluar macamtu jer. 

Tindakan baling selipar tu tak ada kaitan langsung dengan isu penyelewengan masjid Ar-Rahimah, Kampung Pandan.  Mamat ni baling selipar sebab bengang tak dapat lagi duduk kat kuaters tu.  Mahkamah dah tentu ikut peruntukan perundangan.  Kalau dah kena keluar, keluarlah.  Nape muka tak tahu malu nak duduk lagi kat situ.  Rumah tu dia punya ke?  Dia beli berapa?  Dia ni memang jenis degil tahap gaban.  Di sini akak bagi senarai perangai buruk dia yang tidak melayakkan dia digelar imam:-

1)  baling selipar pada panel hakim: kurang ajar dan tidak bersopan
2) menduduki kuarters masjid tanpa kebenaran walaupun telah diberikan unit perumahan di salah satu pangsapuri Projek Perumahan Rakyat Termiskin
3)  bila khutbah dibacakan tentang larangan menyertai perhimpunan, mamat ni bangun dan buka jubah dan 
     tunjuk baju t-bersih yang dia pakai kepada jemaah: kurang ajar bagi seorang bergelar imam
4)  didakwa sering "berebut" dengan imam dan juga khatib jemputan untuk menjalankan tugas berkenaan
5)  didakwa telah memakai pakaian yang melambangkan imej parti politik dalam satu bengkel pada Mei 2008
6)  sering tidak memakai pakaian rasmi lengkap imam dan tidak berkerjasama dengan pihak masjid dalam program yang dijalankan.
7)  guna satu ruang kat masjidtu untuk dia dapatkan duit mengajar budak-budak dan sesuka hati mak bapak dia kaler kan dindingtu ngan kaler hijau sebab nak tunjuk jugak dia ni orang Pas.  

Jadi mamat ni memang layak dipecat dan sesungguhnya wajar dipenjarakan kerana menghina mahkamah.  Ini bagi pengajaran dekat orang lain yang suka-suka jer nak hina mahkamah.  Pemuda Pas dah setuju nak bagi bantuan pada keluarga dia.  So apa lagi masalahnya?  Nak tolong sangat, ha tolonglah!  Jangan esok kalau korang jadi pemerintah negara (boleh ker), orang akan guna cara kurang ajar macamni untuk ajar korang pulak nanti....

Dap dah kecut jugak tu dengan perangai ahli-ahli Pkr dan Pas yang semakin samseng. Risau depa camana nanti nak kontrol orang yang punya kepala angin cam gitu tu....hura harala nanti kalau pakatan memerintah.....
 

No comments:

Post a Comment