Memang melampau. Inilah manusia yang tak kenang jasa. Bila anak dia hilang, dia pun merayu, menangis-nangis mintak wartawan, polis, orangramai tolong cari anak dia. Kitapun sedih, turut simpati, turut rasa bimbang, turut sebarkan wajah anak dia di merata-rata tempat. Tup-tup bila anak dia dah jumpa, dah pecah pulak tembelang yang bukannya kena culik, mulalah mak dia meroyan. Sekarangni mak dia yang dulu duk merayu-rayu suruh cari dan selamatkan anak dia, sekarangni merayu pulak mintak orang jangan ganggu keluarga dia, jangan datang kat rumah dia! Tak ke hangin satu badan dengar pompuan ni cakap macamtu!
Akak bukan tak faham perasaan dia. Sebagai ibu memanglah dia malu bila anak yang dia sangka kena culik rupanyanya menculik diri sendiri. Tapi bahasatu kenalah jaga kak oii. Kalau dulu dah mintak tolong, dah susahkan semua orang, kan lebih manis kalau ko mintak maaf atas apa yang berlaku dan lepastu mintak tolong bagi ruang untuk selesaikan sendiri masalah keluarga ko ni. Janganlah sesedap bahasa jer ko halau orang yang datang cari ko. Akak sendiripun bengang gak dengan pompuan nie. Entah-entah anak diapun ada kes kot dengan mak dia, tu pasal cabut lari macamtu. Bila hal ni berlaku, dan sikap mak dia yang macamtu, orang lain akan buat pelbagai persepsi yang negatif kepada keluarga tu sendiri.
Dan lagi, akakpun semakin berangin jugak bila mula-mula kes ni berlaku dan seminggu lepastu ada lagi remaja perempuan yang kononnya dilarikan, puak pembangkang jadikan isu ni isu politik. Depa duk kata ini adalah kerana negara ni diperintah oleh BN, sebab tu penculikan dan jenayah berleluasa. Haa sekarangni, depa kena jawablah sendiri...Apa yang pemimpin Shah Alam dah buat dan apa yang kerajaan Selangor dah lakukan untuk membentuk moral remaja perempuan kat negeri di bawah pakatan pembangkang??
No comments:
Post a Comment