Video seks Anwar khabarnya sedang berlegar di alam maya. Hepi? Bolehlah bagi mereka yang gersang. Tapi apa yang baru? Barangkali sebab pelakon wanitanya lain dari yang sebelum ini, atau melakukannya lebih dari seorang wanita, atau melakukannya dengan lelaki atau pondan? Apa isunya? Isu moral? Memang sejak azali lagi orang dah tahu Anwar bukanlah seorang yang punya nilai moral yang tinggi. Dan apakah dengan melakukan perbuatan zina atau melanggan pelacur menjadikan seseorang itu dibenci masyarakat? Atau barangkali, orang seperti itu mendapat sokongan yang lebih ramai dari rakyat? Ini yang perlu kita bimbangkan.
Rakyat Malaysiani rasanya kurang ambil berat pasal isu moral pemimpin sebab majoriti rakyatpun barangkali punya moral yang rendah. Seks dengan pelacur, berzina dengan kekasih, bermukah dengan isteri atau suami orang merupakan perkara yang amat biasa sekali terjadi. Malah ianya tak dapat tempatpun di ruang utama akhbar-akhbar tempatan. Ianya bukan isu penting. Isu seks bukan kriteria utama pemilihan pemimpin. Pemimpin yang dapat mendengar suara rakyat, pemimpin yang boleh bekerja untuk rakyat, pemimpin yang sanggup meredah panas dan hujan demi rakyat adalah pilihan utama. Seks dan moral adalah milik peribadi pemimpin itu sendiri. Itu soal dia, keluarga dia dan Tuhan. Dan akak percaya PM dan barisan kabinet Malaysia sendiripun ramai yang punya moral yang rendah. Tak payah nak nafikanla.
Dari dulu kita disajikan dengan kes seks Anwar Ibrahim. Sejak dari zaman dia dipecat lagi. Tapi Anwar tetap dipandang tinggi, tetap dijadikan ketua pembangkang. Orang Cina dan India peduli ke kalau Anwar langgan pelacur? Ambiga, Karpal Singh dan sekutunya marah ke kalau Anwar main belakang jantan? Kumpulan pejuang hak asasi manusia dan manusia dua alam ambik kisah ke kalau Anwar ada lambakan video seks? Tak! depa tak peduli. Malah dalam kita duk sibuk pasal nak jatuhkan Anwar pasal isu seks, kita semakin jauh ditinggalkan oleh kumpulan DAP yang berjuang secara senyap-senyap. Sebab tu ramai yang mula nampak anggota DAP berpotensi sebagai pemimpin. Depa buat kerja dan tak banyak cakap. Moral pemimpin DAP tu hebat sangat ke? Tak! Tapi cara mereka bekerja...cara depa ambik hati rakyat sampai rakyat lupa agenda DAP yang sebenarnya.
Akak betul-betul berharap kita akan dapat kalahkan DAP! Setakat Anwar, tak payah nak pedulilah. Dia dah lama tewas. Tapi kalau UMNO tersilap langkah, UMNO pulak bakal tewas dengan PKR....Memalukan!
No comments:
Post a Comment