Sejak dari awal tahun lepas lagi Mahfuz dah sibuk balik kawasan, sibuk menabur janji dan memberi harapan kepada pengundi dan rakyat. Setiap hari diisi dengan pelbagai aktivti bertemu rakyat dan memberi ceramah bagaimana nak ke syurga. Bukan Mahfuz saja tapi semua ahli politik turun padang. Masing2 meneka pilihanraya akan diadakan bila2 masa jer. Bayangkan dari Januari 2011 depa dah sibuk sampai sekarang. Dah lebih setahun menunggu. Dari bulan ke bulan dan ramalan demi ramalan dibuat. Tapi PM masih berteka teki.
Mana Mahfuz nak tahan lagi. Dia dah penat nak balik kawasan, penat nak bagi ceramah dan banyak tenaga dan duit yang keluar. Tu pasal dia mengamuk. Dia bengang betul denga PM. Dia mula la tuduh PM takut, PM susahkan rakyat. Yang sebenarnya dia yang susah. Dia nak duduk lepak je. Air liur dia dah nak kering. Idea nak berceramahpun dah kontang. Tak ada cerita baru dia nak kelentong. Ye la, dah setahun lebih tuuu...
Bagi akak bagus jugak PM buat camni. Lama sikit rakyat dapat beramah mesra dengan wakil yang rakyat pilih. Macam2 yang rakyat dapat. Kakak akak yang kat Bandar Tun Razak tu cakap, ada je orang politik yang datang bagi itu dan ini. Yang terbaru wakil pembangkang ketuk rumah untuk bagi beras. Hahaha. Setahun tak payah beli beras ke apa...hahaha
Tarikh PRU: Teka teki Najib susahkan rakyat
No comments:
Post a Comment