Setiap kali akak kutuk Hassan Ali, mesti ada yang marah. Tapi akak tak kisah sebab akak tak melapor kat mana2 bos pun. Akak tulis apa yang akak rasa dan fikir. Jadi kalau sesiapa yang tak nak baca apa yang akak tulis ni, baik jangan baca. Nanti darah naik tinggi, akak tak tanggung.
Akak nak cakap yang Hassan Ali nampaknya semakin angkuh la nie. Mentang2 la dia dapat sokongan banyak pihak, dia cepat lupa diri. Kalau dia rasa dia bawak imej Islam, imej Melayu, memang dia tak memperlihatkan ciri2 itu! Mana mungkin seorang Melayu dan Islam yang baik mempersendakan orang lain dan menyifatkan seorang manusia itu lebih teruk berbanding binatang?? Walaupun Mahfuz tu bukan bagus dan bangang ayam gak sebab duk sesuka hati mak bapak dia tuduh itu ini, tapi seseorang yang ingin membawa imej Melayu dan Islam, mana mungkin mengatakan yang lembu kambing lebih bijak dari manusia? Nak saman, saman je. Tak payah nak hina orang.
Kalau orang lain yang cakap mungkin akak tak angkat pot sangat. Tapi ini Hassan Ali! Dan lagi, seorang yang kononnya ingin membawa keluar ahli Pas, boleh sebegitu angkuh mengatakan yang Pas akan jatuh tersungkur kerana memecat dirinya?? Angkuh dan takbur sangat tu bro! Nanti orang Pas akan kata, Hassan Ali sama macam orang Umno gak. Umno dah memang dari azali orang kata cam gitu. Ni, Hassan Ali pulak nak letak diri dia sama taraf dengan orang Umno. So apa celup orang Pas nak keluar Pas??
Jangan duk bergantung harapla ngan Hassan Ali ni. Dia dah terlalu ghairah bercakap. Sampai Pru ke 13 nanti orang akan mula naik mual dengan Hassan Ali ni. Percayalah. Kalau esok pilijanraya ok lagila. Tapi kalau bulan Jun, atau lebih lewat lagi, selamat jalan romeolah kat Hassan Ali.
Akak nak cakap kat Hassan Ali, kalau nak bawak imej Islam, Melayu dan nak jaga IMR, tolonglah jaga sikit lidah tu. Akakpun sebenarnya suka jugak kalau orang Pas sedar dan keluar lalu sertai Umno dan pangkah BN. Tapi kalau macamni punya cara, payahla. Dan lagi untuk selamatkan aqidah dan nak jaga institusi raja, jangan duk sibuk mengata Pas je. Tak sesuai tubuh Jati kalau sekadar nak menyedarkan orang Pas. Hang pi lah nasihat pihak gereja tu, pi kocah orang Pkr, orang Dap, Mca, pi jumpa budak2 muda yang dah mula ramai mempersoalkan raja2 Melayu. Barulah betul Jati! Ni setakat nak hentam Pas jer...
Pas dah memang lemah. Bukan sebab Hassan Ali, tapi sebab ketaksubannya pada Anwar dan ketakutannya pada Dap. Tak payahla Hassan Ali duk perasan sangat. Tuhanpun tak suka orang yang riak ni. 15 tahun duk berguru ngan Pas tak kan tak bijak2 lagi. Kalau lembu kambing belajar ngan Pas selama 15 tahun agak2 boleh jadi pandai tak?
Hasan mahu saman 'kuda tunggangan' parasit PAS - Malaysiakini
No comments:
Post a Comment