Ada Apa Kat Blakang Ads? Cer Klik Tengok

Friday, 30 March 2012

IMAM KASUT DIBALING KASUT!!

Kenapalah agaknya orang Melayuni mudah sangat percaya dengan serban yang asyik tersiput di kepala?  Pandai sikit baca sepotong dua ayat dah anggap orangtu kuat ilmu agamanya dan bakal menghuni syurga dan kita wajib patuh dan percaya apa yang diperkatakannya.  Patutlah orang Melayu semakin malas nak belajar ilmu ekonomi, sains, fizik dan kimia sebab semuanya berlumba-lumba nak menghafal ayat Al Quran dan terjemahannya!  Tak payah fahampun, cuma hafal saja dan diperdengarkan kat mana-mana orang, maka ramailah mak-mak yang offer anak pompuan untuk dijadikan bini.  Tak kiralah bini nombor berapa, janji bini ostad!  Kahwin pun tak payah keluar belanja, semua tanggung beres.  Hantarannya hanya janji untuk bawak anak makcik ke syurga!!  Itu pasal jugaklah, Ostad Badrolamin diberikan kepercayaan untuk mengajar agama kepada bini orang jam 3 pagi.  Kan ke bodoh namanya tuu?  Yang bodoh sapa?  Orang yang jahillah, sebab diri sendiri tak ada asas yang kuat dalam agama.  Bila ada yang bijak sikit cakap pasal hadis, bacakan sikit sepotong dua ayat, orang yang jahil ni mudahlah cair.  Walaupun si jahil ni seorang yang terpelajar, doktor, lawyer, arkitek, pensyarah dan sebagainya, tapi sebab jahil agama, dia ditipu jugak oleh orang semacam Hoslan Husin.  
   
Bukan main lagi Hoslan Husin menjaja dia telah mengislamkan dua orang banduan dari dalam penjara.  Dia juga kononnya jadi imam di penjara.  Memang bukan dia yang bagitahu press, tapi dia bercerita kepada orang yang datang melawat dia.  Dah tentu-tentu dia tahu cerita dia akan disebarkan. Wahhh hebat Hoslan.  Hebat menipu.!  Itupun orang percaya jugak dan kata tuan Hakim bodoh sebab masukkan Hoslan yang alim itu dalam penjara.  Akhirnya Jabatan Penjara sendiri menafikan laporan berita tersebut.  Baca SINI.  Pun masih lagi ramai yang dungu dan kata Jabatan Penjara bersubahat.  Naik lemas akak dengan perangai dan ketaksuban melampau si jahil ni semua.

Cuba fikir sikitlah bang oiii....Kalau si Hoslan tu suci sangat dan alim sangat, dia tak baling kasutlah kat para Hakim.  Kalau orang alim, dia mesti dapat kawal kemarahan dan tidak riak macam Hoslan yang bagitahu satu dunia dia Islamkan orang dalam penjara dan jadi imam di penjara.  Semuanya dia nak tunjukkan kehebatan dia.  Inike wajah seorang imam?  Ini imam kasut.  Tarafnya sama rendah macam kasut yang dipakai di kaki dan dipijak.  Sebab tu imam yang tak berapa nak cerdik ni, tak boleh melawan hujah Hakim dan orang bijaksana.  Dia lawan hujah dengan baling kasut.  Itupun dia menjadi pujaan orang Malaysia.  Malu tul akak.   Orang macam ini kalau keluar taun depan, akan merosakkan lagi aqidah dan iman masyarakat di luar sana.  Silap-silap ada pulak yang fikir dia tu imam mahadi nanti.  Atau jelmaan malaikat yang menyerupai manusia.  Atau barangkali dia akan kata dia jadi orang perantaraan antara Allah dan manusia sebab dah lama belajar dari Ashaari sewaktu dalam al-Arqam dulu.  Entahlah labuuu....

Tu pasallah Anwar masih lagi dapat bertahan.....     
       

1 comment:

  1. Anonymous16:07:00

    Imam kasut konon na tiru macam kat iraq , orang iraq bantah amerika tapi kat sini orang yang sokong amerika jadi PM pulak baling kasut kat hakim tarak baca nya imam, bubuh aja kerengga kat badan dia ni baru padan muka

    ReplyDelete