Thursday 1 March 2012

PHAHROLRAZI TERUS BERANG!!

Apa cer Pas Kedah nie?  Mana Pas pusat yang duk kata nak tolong selesaikan masalah depa?  Apa yang Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub dah buat?  Bukan ke dia jadi perantara dalam kemelut yang berlaku kat Kedah?  Kalau betul dah selesai, pasai apa si Phahrolrazi meroyan lagi?  Siap bagi kata dua kat Exco Kerajaan Negeri, Datuk Ir Amiruddin Hamzah yang juga Timbalan Yang Dipertua Pas kawasan Kuala Kedah.  Sama ada letak jawatan exco atau tidak lagi bersama Pas Kuala Kedah.  Apa cer ni bang?

Nampak sangat dalam Pas ni tak ada tolak ansur.  Demokrasi yang kononnya depa duk laungkan, setakat nak sedapkan telinga jer la. Malu akak.  Walaupun akak bukan sebahagian dari orang Pas, tapi akak jugak orang Melayu dan Islam yang akan tetap terasa hati dengan apa-apa yang negatif yang berlaku dalam Pas.  Malu tengok cara orang Pas berpolitik.  Tak ada kelasssss.....

No comments:

Post a Comment