Tak salah jadi biseksual? Ko ni Nuar dah mereng ke apa? Tak kan pasal ko punya kecenderungan seksual yang tak mengira jantina, ko kata tak salah kot. Yang salah hanyalah Umno. Ada ke si Nuar ni cakap yang Umno bertanggungjawab menjaga agama, jadi kalau iman orang Islam ni lemah, maka Umnolah yang bersalah. Kalau gitu jomlah kita pergi merompak, mencuri, merogol, meliwat, membunuh sebab nanti kalau kena tangkap kita salahkanlah Umno. Nanti kalau matipun, yang akan masuk neraka bukan kita, tapi Umno. Boleh gitu? Kalau bab-bab lepaskan kesalahan kat bahu orang lain nie, memang kepakaran Anwar.
Akak sebenarnya tak nampak kat mana yang pembangkang duk kata Umno guna agama nak takut-takutkan orang Melayu dan Islam. Apa yang dilakukan oleh Jabatan Pelajaran Johor yang menganjurkan seminar Sabtu ini yang bertajuk 'Pemantapan Aqidah, Bahaya Liberalisme dan Pluralisme Serta Ancaman Kristianisasi Terhadap Umat Islam. Apa Peranan Guru? ' memang kena pada masanya. Cuba perhatikan kat mana cacatnya seminar ni? Tak ada. Yang ada cuma perasaan cemburu dan sakit hati Anwar dan pihak pembangkang khususnya DAPigs jer.
Apasal pulak perkara baik macamni Anwar nak politikkan? Ini adalah sebahagian dari tanggungjawab Umno bagi memastikan aqidah umat Islam dipelihara. Yang Anwar sakit hati tu apa kes? Kalau orang ramai yang murtad, pandai pulak Anwar salahkan Umno. Tapi bila usaha pencegahan dibuat, dikatakan pulak Umno menakut-nakutkan orang Melayu - Islam. Apa lu cerita nie Nuar oiii?? Bila Jabatan Pelajaran Johor amik inisiatif untuk jaga aqidah anak-anak Johor, Anwar dah bimbang dan boleh pulak Anwar kata ini satu usaha yang menjijikkan. Bila Jais datang melawat gereja Methodist Damansara Utama ((DUMC) untuk periksa dakwaan berlaku kes memurtadkan orang Islam, Anwar melenting. Anwar ni Islam ke tidak? Cuba baca SINI
Kes orang Islam murtad memang berlaku. Mustahil Anwar tak tahu. Tapi untuk dapatkan bukti tentang gerakan memurtadkan orang Islam dah tentulah bukan senang. Jadi yang lebih senang ialah menganjurkan seminar, bagi penerangan kepada guru, ibu bapa dan masyarakat Islam tentang bahayanya gerakan ini. Kalau dikatakan ianya menakutkan umat Islam dan Melayu, memang patut takutpun. Ini soal aqidah, soal syurga dan neraka. Bukan syurga Pas dan bukan jugak syurga dunia, tahu?
Kalaupun tak ramai yang murtad, tapi itu bukan alasan untuk orang Islam yang lain buat tak tahu. Kata orang, sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Kalau dah membukit nanti dah payah nak diselamatkan. Masatu segala 'bukit' ni akan berarak pulak kat jalanraya meminta diubah perlembagaan dan meminta biar rakyat bebas beragama dan bertukar agama dan agama Islam bukan lagi menjadi agama rasmi kat Malaysia. Suara-suara itupun dah mula kedengaran sekarangni. Dan itupun yang diperjuangkan oleh orang yang macam Anwar. Bebas segala-galanya. Memang jadi syurgalah kalau Anwar memerintah. Syurga dunia....Akhirat kalu, sendiri mahu ingatla.....
Katakanlah jika seminar ni dianjurkan oleh puak2PAS atau PKR(yg ni belum pasti)dan penceramahnya Mat Sabu....gerenti anwar tak bising punya....aku gerenti....hehehehe
ReplyDelete